Thursday, April 22, 2010

Sinopsis

Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)ini telah diberikan kelulusan di bawah no pendaftaran SA 0104424-D pada 17 November 2008 adalah sebuah pusat jagaan yang menaungi serta mengendalikan 2 buah rumah yang dijadikan asrama bagi anak-anak yatim,fakir,miskin serta remaja-remaja yang memerlukan bimbingan(diberi gelaran remaja harapan).
Anak-anak yatim,fakir miskin ini berumur antara 5 tahun hingga 10 tahun seramai 12 orang lelaki dan 9 orang perempuan dan 4 orang remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun dengan menyewa 2 buah rumah sebagai asrama mereka.
Pihak RUKESA menghantar anak anak yang berada di tahap persekolahan peringkat rendah di sekolah berhampiran dengan asrama,manakala anak anak yang ditahap umur para sekolah disediakan pembelajaran mereka di asrama kediaman mereka. Bagi anak anak remaja pihak RUKESA juga menyediakan kelas agama untuuk menyempurnakan tuntuan ilmu Fardhu Ain yang diwajibkan ke atas mereka serta menyediakan beberapa latihan kemahiran asas mengikut minat dan kecenderungan mereka.
Kami menanggung segala keperluan kebajikan anak-anak ini seperti menyediakan makan minum,pakaian,duit belanja serta keperluan harian mereka.
Anggaran perbelanjaan bagi pusat jagan/rumah amal serta pembelajaran pendidiakan anak-anak ini yang merangkumi sewaan 2 buah rumah, kos utility, sewaan kenderaan,barangan dapurduit belanja, elaun guru/pengasuh dsbnya menjangkau RM 15,000 sebulan.
Di atas inisiatif dan keperihatinan masyarakat maka Rumah Amal ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan keperluan keperluan anak-anak ini.
Bantuan dan sumbangan yang dihulurkan oleh pihak tuan,mudah mudahan Allah menilainya sebagai usaha untuk pembelaan ke atas golongan yang amat memerlukan,moga-moga Allah merahmati atas segala usaha yang dijalankan ini.
Moga Allah sudi membantu dan mempermudahkan niat dan usaha yang bakal kita lakukan ini. Akhirnya kita amati kata kata dari manusia paling agung iaitu Rasulullah SAW.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri

Tuesday, March 30, 2010







Tuesday, March 23, 2010

Surat memohon dana untuk anak-anak yatim

Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (SA0104424-D)
No.10, Jalan Aman 3/59, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
No tel/fax : 03-77857376
H/P : 014-7380930
: 017-3760277

Kepada Yang Berkenaan,


MEMOHON DANA UNTUK KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK – ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF – ASNAF ZAKAT(8 GOLONGAN ZAKAT)
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak pentadbiran Pusat Jagaan Rumah Kesayangan ingin memohon bantuan dana dalam apa jua bentuk sekalipun samada segi kewangan,makanan keperluan harian, kenderaan, sewaaan dan apa-apa saja bantuan bagi membantu melancarkan lagi program dana kebajikan dan pendidikan anak-anak yang di bawah pusat jagaan ini.

2. Pihak kami berharap agar pihak tuan sudi bersama membantu usaha kebajikan yang cuba pihak kami lakukan ini. Bersama surat ini,kami sertakan maklumat ringkas/profail berkenaan latar belakang pusat ini serta senarai beberapa keperluan yang amat diperlukan buat masa kini untuk pengetahuan pihak Tuan,semoga sudi bersama membantu demi kepentingan anak-anak istimewa ini.

3. Keperluan tersebut adalah :
1)Sewa bulanan pusat jagaan(rumah) – RM 1000 sebuah
2)Bil api dan air dan telefon - RM 500
3) Makan dan minum RM200 x 30 hari – RM 6000
4)Minyak kenderaan RM 50 x 30 hari - RM 1500
Dalam masa yang sama pihak kami amat-amat memerlukan sebuah van panjang agi keperluan pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah dan program-program luar dan jemputan. Ini kerana bilangan anak-anak yang sedia ada sudah bertambah iaitu 12 orang pelajar lelaki,9 orang pelajar perempuan dan 4 orang remaja perempuan. Buat masa in kami terpaksa menyewa van setiap kali untuk membawa anak-anak ini ke jemputan luar. Kos menyewa kenderaan sangat tinggi.
4. Pihak kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala bantuan yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan,semoga Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang cuba kita lakukan bersama dalam usaha menjayakan perjalanan program rumah amal ni dan dinilai sebagai salah satu usaha taqwa serta menjadi amal jariah buat kita.

Sabda Rasulullah SAW:
‘Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat,ubatilah orang-orang sakit dengan bersedeqah dan hadapilah berbagai bala itu dengan doa’

Sekian,terima kasih

Yang diamanahkan
……………………………….
Hafizah Elias
Pengurus RUKESA
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB Islamic 1283-0000303-10-6
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan.

Sumbangan


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB Islamic 1283-0000303-10-6
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan.




  1. Membela anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak ibu tunggal, orang kurang upaya serta asnaf zakat agar mereka mendapat kembali permata hati yang telah hilang melalui seorang walidah (penjaga/pendidik) yang bertugas 24 jam di rumah ini.

  2. Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik serta bermenafaat kepada diri mereka sendiri, keluarga, agama bangsa dan tanahair serta berpeluang mencapai taraf hidup yang sempurna.

  3. Mengasuh dan mendidik anak-anak golongan ini sehingga mereka mampu berdikari dan mempunyai jati diri yang selari dengan tuntutan agama dan negara.

  4. Mendidik golongan ini menjadi insan yang soleh/solehah serta menjadikan keredhaan Tuhan sebagai matlamat hidup mereka.

Aktiviti dan Perkhidmatan



  • Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada semua golongan di atas dan mereka yang memerlukan bantuan.
  • Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan makanan asas,pakaian serta apa sahaja barangan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta serba kekurangan.
  • Mengadakan kelas-kelas fardhu ain, khidmat nasihat/kaunseling dan motivasi
  • Menganjurkan rehlah untuk memberi mereka peluang berhibur dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa merekaMengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sebagai latihan untuk berhadapan dengan masyarakat.