Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Al Quran Sebagai Teman Di Alam Kubur

Rasulullah s.a.w pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu : Siapa kamu? Jawab makhluk tadi : “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”. Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut. Terkejutnya ayah dan ibunya sambil berkata : “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab malaikat, “Kerana anakm