Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal Di Indonesia?

  Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi. Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida? Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?   Beberapa Versi Tentang Kematiannya Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh d

Badan Manusia Dipotong Dan Dijual Di Kedai Daging

Memang Gila!!! Badan manusia serta anggota yang lain dijual secara terbuka di kedai daging.Anggota badan Manusia di jual di kedai daging London kalau di Thailand kepala manusia di jual dan di jadikan makanan ini lain pula ceritanya di London apabila kedai ini dibuka untuk orang ramai selama dua hari dengan tema Daging Manusia dalam Filem Resident Evil 6 di London Smithfields market.  

Bila Ulama Bertikam Lidah

Jika orang awam gagal ‘menguruskan perbezaan’, masih tidak mengapa. Itu masih boleh diterima. Ini kerana orang awam kebanyakannya masih  kurang ilmu.  Selain kurang cerdik, orang awam juga kurang terdidik. Justeru, emosi yang panas acap kali mendahului fikiran yang bernas dalam menghadapi perbezaan pendapat atau pandangan. Namun, apabila para ulama yang sewajar sudah cerdik dan terdidik juga terjebak dalam pertelingkahan yang tidak berkesudahan, ini sesungguhnya satu tragedi yang sangat menyedihkan.    Sesungguhnya, ini adalah salah satu cabaran untuk ahli-ahli agama masakini. Cabaran yang boleh merobek kewibawaan ilmu dan ketinggian peribadi mereka. Betapa sekarang kita dapat melihat ulama sesama ulama telah tega bertelagah dan bertikam lidah. Yang dijadikan senjata bukan ilmu dan fakta, tetapi sindiran dan tempelakkan yang sangat menjelikkan. Ada di antaranya yang berani mencabar pihak lawan untuk berdebat bagai ayam sabung yang berkokok dengan sombong. Ada yang mencemik, menceb

Realiti

Selepas umat Islam dijajah semenjak seribu tahun yang lampau umat Islam kini masih teraba-raba mencari ‘jalan pulang’ kepada ajaran Islam. Misalnya dalam sesuatu isu yang memerlukan pandangan, pendapat serta persepsi Islam maka akan tampil berbagai pihak yang memberikan pendapat yang berbeza. Malah kadang-kadang hingga ditahap bercanggah antara satu dengan yang lain. Apabila masing-masing ada hujah dan sandaran maka dikatakan perkara itu adalah khilaf yang dibolehkan berbeza. Memang benar Islam membenarkan perbezaan pendapat dalam aspek yang dibolehkan berbeza. Namun perlu diingat dan difahami dalam perbezaan itu ajaran Islam menuntut agar umat membuat pilihan yang terbaik supaya wujudnya keselarasan, selari, serasi, kesatuan dan perpaduan. Terutama sekali dalam aspek kemasyarakatan. Janganlah hendaknya sering terjadi perbezaan hanya kerana Islam membenarkan berbeza. Sedangkan setiap perbezaan pendapat perlu ditangani secara kasih sayang, bijaksana, toleransi, berlapang dada dan be

Tidak Menentu

Saidina Abu Bakar As Siddiq pernah berkata, ‘Andai aku tahu di seberang lautan itu terdapat manusia nescaya aku akan berenang untuk menyampaikan seruan.’ Sejarah tidak pula menyatakan yang Saidina Abu Bakar pernah berenang. Sejarah juga tidak menyatakan apakah Saidina Abu Bakar pandai berenang. Mungkin pada zaman Sahabat dahulu dianggap mustahil untuk berenang pada jarak sekitar 30, 40 km. Kalau zaman sekarang sudah tidak lagi menjadi satu yang asing kerana sudah ramai yang berjaya berenang di Selat Inggeris yang bersuhu sejuk dari Dover ke Clais termasuk Dato Malik Maidin. Biarpun ramai yang mampu berenang begitu jauh namun dalam kontek zaman ini yang sudah serba maju, berenang tidak diperlukan lagi untuk tujuan berdakwah. Saya sendiri kalau tidak salah ingatan, hanya negara-negara Afrika, Rusia dan Amerika Latin yang tidak dikunjungi untuk berdakwah. Menurut tafsiran sejarah kata-kata Saidina Abu Bakar itu adalah merujuk kepada sikap serta semangat juang yang tinggi dalam menyela

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Perasaan putus asa dan kecewa timbul apabila apa yang kita hajatkan tidak menjadi kenyataan. Ini sememangnya satu lumrah kehidupan. Tapi apa yang patut anda lakukan apabila berhadapan dengan perasaan ini. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan: 1.Menerima kegagalan sebagai satu pelajaran Anggap sahaja apa yang berlaku merupakan satu "ujian" yang anda lakukan untuk menguji sejauh mana keberkesanan formula yang dihasilkan. Hasil yang diperolehi dari ujian walaupun tidak mencapai target yang diinginkan, adalah satu maklumat yang bernilai untuk anda 2.Ubah kegagalan kepada kejayaan Teliti kembali kelemahan-kelemahan yang anda ada. Baiki kelemahan tersebut. Siapa tahu kegagalan sebenarnya membuka jalan kepada peluang yang lebih baik. 3.Bergaul dengan orang-orang yang positif Carilah orang-orang yang positif dalam hidup anda. Biar hidup anda dipenuhi dengan orang seperti ini. Tak kira dimana sahaja sama ada di facebook, blog, sekolah, forum. Sekian sahaja tips ringkas saya. Say

Pembunuh Jiwa

Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia Bahkan perosak segala-galanya terutama agama Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati Mata tidak dikawal daripada dosa Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah dan tidak bersopan Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal Di waktu keseorangan suka berangan-angan dan berkhayal-khayal Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati atau menghitamkannya Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan kenalah jaga Kerana di sana boleh memberangsangkan nafsu haiwan kepada manusia Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah akan menimpanya Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya Lahirlah berb

‘What’s The Problem? No Problem.’

Sepanjang berulang alik ke Pakistan selama setahun saya mengesan satu kelaziman dalam perbualan harian masyarakat Pakistan yang saya jadikan tajuk tulisan ini. Itu pun saya fahami sekiranya mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Apabila terdapat sesuatu yang tidak kena akan kedengaran seseorang akan bertanya, ‘What’s the problem.’ Pihak yang ditanya akan menjawab dengan segera, ‘No problem.’ Soalan dan jawapan begitu sudah menjadi basahan dalam perbualan dan bukan lagi ada makna apa-apa. Kami sering bergurau dengan kawan-kawan orang Pakistan, ‘In this country there is a lot of masala.’ Mereka akan menjawab dengan wajah bangga dan gembira, ‘Oh yes, Masala ini our country is very special menu.’ Sedangkan kami bergurau dalam bentuk double meaning . Kami maksudkan lain mereka faham lain. Lidah mereka memang menyebut masalah itu dengan sebutan satu jenis menu masakan Pakistan iaitu Masala. Kami maksudkan di Pakistan banyak masalah. Mereka pula faham di Pakistan banyak masakan

Rasulullah Dimaki SiButa

  Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana,  Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam  dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “ Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya .” Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis ituwalaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang but

Islam Kini Yatim Piatu

Kumpulan nasyid Diwani yang pernah popular satu masa dahulu dengan lagu "Subhanallah" kini muncul semula dengan album terbarunya "Islam Kini Yatim Piatu".    

Kehidupan SALAFUSSOLEH yang ANEH.

Mari kita lihat gambaran secara umum suasana masyarakat para sahabat (salafussoleh) selepas dididik oleh Rasulullah SAW. Biar saya senaraikan ciri-ciri kebaikan yang ada pada mereka, yang menjadikan mereka umat terbaik bagi seluruh zaman. Perlu diingat bahawa kebaikan yang ada pada masyarakat para sahabat (salafussoleh) adalah kebaikan menurut Al Quran dan Sunnah, yang mungkin tidak ada nilai kebaikan pada setengah-setengah orang Islam sekarang. Memang kalau Islam tidak dipelajari dan tidak diyakini secara terperinci dan menyeluruh, corak pemikiran dan skil penilaian seseorang itu tidak akan tepat sebagaimana yang diminta oleh orang Islam itu sendiri. Satu-satunya cara penyelesaiannya ialah dengan menyelaraskan ilmu dan kefahaman Islam pada umat Islam agar ia tepat dan lurus sebagaimana yang dikehendaki oleh Al Quran dan Sunnah. Barulah nanti umat islam tidak berkrisis lagi dalam menilai sesuatu, terhadap yang baik semuanya mengatakan baik dan terhadap yang buruk semuanya mengataka