Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Siapa Sangka Seorang Pramugari MAS Tubuh Maahad Tahfiz

MasyaAllah! Kisah Pramugari MAS Tubuh Sekolah Tahfiz | (Ustaz Farid berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010; Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat. Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamualaikum Ustaz”, saya jawab “Waalaikum salam”. Agak terkejut, berkata dalam hati “ma

3 Tanda Bila Kucing Datang Minta Makan Kepada Kita Bukan Orang Lain

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,  Pertama  Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.  Kedua  Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.  Ketiga  Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.  Kredit:  Ustaz Shukri Harun

Siasat Murid Sekolah Agama Belai Anjing

Johor Bahru: Jabatan Agama Johor (JAJ)  memandang serius berkaitan sebaran gambar di laman sosial Facebook berkaitan sekumpulan murid Sekolah Agama Bakar Batu bermesra bersama seekor anjing.  Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata, mengikut maklumat diperolehi pihaknya, sekumpulan murid berkenaan meluangkan masa dengan membelai anjing selepas tamat waktu persekolahan. Beliau berkata, difahamkan ia berlaku di kawasan luar sekolah agama dan ia disedari beberapa penduduk. Advertisement GAMBAR di Facebook yang memaparkan murid sekolah agama membelai seekor anjing dengan ditemani seorang wanita. Menurutnya, pihaknya difahamkan kumpulan kanak-kanak berkenaan bertindak demikian selepas dipengaruhi seorang wanita beragama Islam. "Wanita berkenaan yang dikatakan berkahwin dengan warga asing tidak sepatutnya mempengaruhi kumpulan kanak-kanak itu untuk membelai anjing kerana ia bercanggah dengan hukum agama, syarak dan budaya. "Saya berharap bahagian JAJ mengambil t

Pergi Haji Dengan Duit Haram

Setiap sen duit kita perlu bersih dari sumber haram. Duit hasil riba, judi, gharar, rasuah, curi dan rompak adalah contoh duit dari sumber haram. Banyak tapi tiada berkat. Menurut Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH - Jakim: + Hukum menunaikan fardhu Haji dengan duit haram adalah, hajinya sah tetapi berdosa. Manakala Imam Ahmad berkata haji tersebut tidak sah. Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: Jika seseorang itu keluar untuk menunaikan fardhu haji dengan nafkah yang baik, dan ketika meletakkan kakinya pada tali pelana maka dia pun bertalbiah. Maka seruan talbiah itu disambut dari langit dengan seruan: + Seruan kamu diterima dan bahagialah kamu, bekalan kamu itu halal, kenderaan / tunggangan kamu halal, dan haji kami haji mabrur. Sebaliknya jika seseorang keluar menunaikan fardhu haji dengan duit haram dan kotor, apabila meletakkan kakinya di tali pelans untuk naik ke atas kenderaan / tunggangan lalu bertalbiah. Maka seruan talbiah itu disambut dari langit dengan

Gempar! Laman Facebook Jual Pil Gugurkan Bayi

Pihak tidak bertanggungjawab ini bertindak menjual produk ini di internet kerana menurut kenyataan di laman web mereka, jika dilakukan di klinik,  biasanya pihak klinik akan meminta kad pernikahan suami isteri yang sah kerana ia dikatakan ubat kawalan dan takut disalah guna oleh generasi muda untuk mengugurkan kandungan akibat terlanjur. Jadi mereka menjadi inisiatif kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai hubungan suami isteri yang sah.

Menyayat Hati Pelajar2 Tahfiz Ini Bina Asrama Sendiri Untuk Jimat Kos

Sebuah sekolah tahfiz di Hulu Tamu, Batang Kali memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung keperluan dan kebajikan anak-anak murid di situ. Maahad Al Mustoffa itu dibangunkan di atas tanak wakaf mempunyai pelajar seramai lebih kurang 30 orang berumur belasan tahun dan 5 orang guru. Disebabkan ketiadaan dana maka guru-guru di situ mengajar secara sukarela(gaji diberi tidak menentu, biasanya guru-guru yang sudah berkahwin mendapat rm100 sebulan), pelajar-pelajar pula tidak mampu hendak membayar yuran, cuma diminta kalau boleh setiap pelajar membayar rm 10 seminggu untuk kos makan tapi itupun tak semua mampu bahkan ada pelajar yang menarik diri dari sekolah itu sebab segan tidak dapat bayar yuran rm 10 seminggu itu, bukanlah mereka diberhentikan sekolah. suasana dalam asrama pelajar. asrama dibina sendiri oleh pelajar-pelajar Pelajar-pelajar bergilir memasak setiap hari sebab tiada tenaga khas untuk memasak. Bangunan asrama pun dibina dengan keringat

Isu Hina Melayu Jawa Di Facebook

Ini ada lah kenyataan media Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi yanh memohon maaf pada semua Melayu Jawa yg telah di fax ke editor akhbar utama. Manusia tak lari dari membuat kesilapan dan terlajak tutur kata. Pada aku, maafkanlah beliau. Semoga beliau sebagai seorang ahli parlimen akan lebih berhati dalam setiap tutur kata atau tulisan beliau selepas ini.

Sebuah Pasaraya Besar Jual Telur Tiruan

Seorang suri rumah medapati telur yang dibelinya di sebuah pasaraya besar kelihatan pelik kerana bahagian kuning ditengah seakan-akan anjal dan tidak mudah hancur berbanding dengan telur yang biasa. Jadi beliau telah merakam video pendek bagi tontonan pengguna lain agar tidak tertipu apabila berbelanjakan barangan dapur.  Kes telur tiruan ini telah lama diperkatakan, dan terdapat banyak di negara China. Lihat video dibawah bagaimana telur ciri-ciri telur tiruan ini.

Masya Allah Mulianya Hati Budak Buta Ini!

Seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai penglihatan, malah sekiranya diberi penglihatan beliau rela sebegitu dengan alasan yang sangat menyentuh perasaan manusia normal.Subhanallah..

15 Gaya Hidup Jutawan Dubai Yang Melampau Batas

15 Gambar Gaya Hidup Jutawan Dubai Yang Melampaui Batas  | Umum mengetahui tentang kekayaan yang dimilik oleh pak-pak Arab di Dubai yang mana menyaksikan bangunnya sebuah bandar mewah Dubai, dari sebuah tanah padang pasir yang gersang. Tapi di bawah merupakan 15 gambar gaya hidup jutawan Dubai yang tampak sangat melampau batas. Apa pendapat anda?

UPSR Bocor: Cucu Muhyidin Menangis Sedih

"Saya nasihatkan anak-anak jangan bimbang dan kita memahami apa yang mereka rasa dan saya sendiri pun merasa kecewa apatah lagi cucu sulung saya yang bernama Suraya turut mengambil UPSR," kata Muhyiddin. Menurutnya cucunya itu juga menangis dan sebagai datuk, beliau turut menasihatkan cucunya itu agar bersabar dan bertenang. "Saya sendiri rasa kecewa. Cucu saya yang sulung pun ambil UPSR, namanya Suraya dia menangis, tanya tok ayah kenapa jadi begini...jadi tok ayahnya kena tenteramkan," katanya  Sehubungan itu, Muhyiddin menasihatkan ibu bapa dan pelajar yang mengambil UPSR supaya tidak terlalu kecewa dengan insiden itu, malahan ibu bapa perlu memberi semangat kepada anak-anak supaya tidak tertekan dengan apa yang berlaku. "Ayah dia (Suraya), anak saya pula kata...tak apalah. Semalam saya tanya khabar dia (Suraya) dan dia katanya dalam keadaan baik. "Anak-anak yang berusia 12 tahun memang begitu. Kalau dah besar mereka pandai uruskan sendiri," katany

10 Tempat Paling Pelik Di Dunia

Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana bahagian di atas dunia - hanya di situ. Ia menjadikan kita persis berada di planet lain. Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia...   1. Dry Valleys - Antartika         Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Mars. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kdang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai be