Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Mengapa Lelaki Bangladesh Suka Berpegangan Tangan Semasa Berjalan?

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau  gay ?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba. "Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay". Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya bela

Isteri Herman Tino Minta Suaminya Tidak Bertanding Pada PRK DUN Kajang.

" Noraini Ibnu, isteri kepada penyanyi Herman Tino berharap agar suaminya tidak bertanding pada PRK DUN Kajang pada 23 Mac depan. Dia yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat. “Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk ‘melayan’ perkara-perkara politik macam itu. “Saya tidak suka dia ‘membakar diri’ dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli. “Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula,” katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi ‘WhatsApp’ kepada mStar Online. Herman Tino atau nama sebenar Masrun Tamsi, 60, berminat untuk bertanding pada PRK DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai meng

Budak Lelaki 4 Tahun Ditemui Merentasi Padang Pasir Seorang Diri

Budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan seorang diri di padang pasir.   Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka. Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya. Gambar menyayat hati yang dirakamkan pada Ahad lalu oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Andrew Harper merakamkan saat pekerja PBB bertemu budak lelaki terbabit yang bersendirian. Tidak dapat dipastikan bagaimana dia terpisah daripada keluarganya ketika mereka melarikan diri dari perang yang melanda Syria dan menyebabkan berjuta penduduk lain hilang tempat tinggal. “Sekadar memaklumkan kepada anda Marwan selamat bertemu semula (dengan) ibunya sebaik saja selepas dibawa merentasi semp

Wajib Baca : Lagi Bukti Pengetua Tahfiz Al Mansur Memperhambakan Kanak-Kanak

Tidak sampai satu jam perkongsian pendedahan mengenai Pengetua Pusat Tahfiz Amal yang mempergunakan kanak-kanak mengaut keuntungan melalui derma didedahkan, ada pula suara-suara sumbang atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior mendakwa maklumat yang didedahkan oleh laman My Media Hub berunsurkan fitnah. Sedangkan di penghujung post bertajuk Pengetua Pusat Tahfiz Amal Sibuk Berfoya-foya Dikala Kanak-Kanak Bersengkang Mata Meminta Derma  ada diselitkan sumber (url) maklumat tersebut. Terima kasih kepada keyboard warrior tersebut. Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata. Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang wartawan Media Prima yang terkenal iaitu Mazidul juga pernah mendedahkan perkara yang sama. Baca pendedahan dari Mazidul di bawah: Ajaran SESAT Azhar Wahab telah  difatwakan haram pada 21 September  2004. Klik  di sini   untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit. Siapakah AZHAR WAHAB? 

Alfatihah Buat Pak Yazid Selamat Pulang Ke Kampung Asal

Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Razman Zakaria menziarahi jenazah Pak Yazid Jaafar di rumahnya di Kg Baru Kuala Lumpur Veteran PAS dan pendakwah terkenal, Yazid Jaafar meninggal dunia pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor. Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974. Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan. Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad 1960 hingga ke akhir hayat. Kediaman bel

Keindahan Perkampungan Di Tengah-Tengah Tasik

Ganvie adalah sebuah kampung yang pelik dibina di Tasik Nokoué, hanya beberapa jam dari utara bandar Cotonou, pusat pentadbiran dan bandar terbesar di Republik Benin - sebuah negara di Afrika Barat. Seluruh kampung yang dibina di tengah-tengah tasik.  Dengan penduduk kira-kira 20,000 orang, ia mungkin adalah kampung tasik terbesar di Afrika dan oleh itu adalah sangat popular dengan pelancong. Ia biasanya percaya bahawa orang Tofinu menetap di sini dalam abad keenam belas atau tujuh belas dan membina kampung tasik mereka untuk melepaskan diri slavers yang datang dari suku kaum Fon. Ini menjadikan lagun sebuah wilayah selamat untuk puak-puak lain. Rakyat Tofinu membina rumah mereka di atas air sejak 500 tahun yang telah berlalu , Ganvie telah membangunkan budaya yang rumit dan makmur dalam kekangan hidup di tasik.

Tiga Beradik Makan Organ Ibu Mentah-Mentah

Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu. Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan. Kejadian ini berlaku di Manila. Foto: Dante (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka. Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah. Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu. Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah. “Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog. “Semu

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi