Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Kisah Hazrat Abu Hurairah Semasa Dirinya Kelaparan

Kisah Hazrat Abu Hurairah Semasa Dirinya Kelaparan  | Pernahkah kita berasa lapar ? Tipulah kalau tidak pernah berasa lapar kan. Namun sanggupkah kita berkongsi makanan dengan orang lain. Mungkin ada yang sanggup, mungkin juga ada yang tidak. Namun terpulang kepada seseorang itu bagaimana cara untuk berkongsi rezeki . Kali ini saya mahu berkongsi tentang kisah Hazrat Abu Hurairah semasa dirinya berasa lapar. Hazrat Abu Hurairah tetap mendahulukan orang lain, biarpun dirinya dalam keadaan lapar. Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, “Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang-kadang saya mengikat batu pada perut .” Pada suatu hari saya duduk di jalan yang biasa dilalui oleh para sahabat yang besar. Hazrat Abu Bakar r.a te

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubi Yang Ramai Tak Tahu

Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama  Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia . Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam.. Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan? Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke.. Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi? Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ? Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana? Siapa dia Muhammad Al-Fateh? Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat? Hurm.. Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisa

Rahsia Memperolehi Rezeki Murah dan Diberkati

  Tahukah Anda? Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup!.. Ianya Bermula Dari "Rezeki Yang Diberkati.." Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda. Kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan. Nak kata gaji kecil? Tidak juga!... Nak kata suka enjoy? Tidak juga!... Nak

40 Tips Dan Panduan Rumahtangga Bahagia

Baikilah Ibadah

  Bersungguh-sungguhlah beramal ibadah Laksanakan secara istiqamah setiap masa Kemudian koreksilah ibadah di mana kekurangannya Kemudian lupakan sahaja Bersungguh-sungguhlah meninggalkan dosa Muhasabahlah diri setiap masa tentang dosa Kemudian rasakan diri kita berdosa Begitulah sifat seorang hamba Pandang kecillah dengan ibadah kita Kerana masuk ke Syurga itu dengan rahmat-Nya Pandang besarlah dengan dosa kita Agar kita takut membuatnya Dan masuk ke Neraka dengan keadilan-Nya Panjatkanlah doa selalu kepada-Nya Pintalah taufiq dan hidayah dari-Nya Kerana itulah jalan kepada-Nya Kita hamba, haraplah selalu kepada-Nya Dan baik sangka kepada-Nya

Kelebihan Sedeqah

"Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”   ( Al-Munafiquun : 10 )  Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah ses

Sinopsis

 Pada bulan Julai 2012 di Jalan Jambu Bertih, Kampung Teluk Jambu Mukim Bintong Perlis sebuah surau telah dibina di atas tanah yang telah diwaqafkan oleh seorang hamba Allah, tanah seluas 2500 kaki persegi (50x50) kaki dan keluasan surau 1200 kaki persegi (30x40) kaki. Kos sebanyak RM 250,000 adalah hasil sumbangan dermawan-dermawan dari seluruh negara. Pembinaan tersebut terdiri dari (1) Dewan Solat (2) Bilik Air (3) Tempat Wuduk (4) Stor Barangan (5) Piawaian Letrik dan Siaraya.     

Menyingkap Rahsia Rahmat Allah

Bagaimana Memperolehi Limpahan Rahmat Allah?     Limpahan Rahmat atau kasih sayang Allah adalah satu anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Ia satu anugerah yang paling besar di dunia dan di akhirat kerana dengan rahmat ini seseorang akan terpilih untuk memasuki syurgaNya. Antara 3 Rahsia Yang Telah Dibongkar Oleh Penulis Sebelum Ini. Ebook keempat ini bagi beliau adalah yang terpenting kerana... “…Setelah saya kaji dan amat-amati, tajuk “ rahmat ”  adalah yang terpenting, lebih penting dari mencari rezeki, lebih penting dari bersedekah, lebih penting dari menjadi kaya, kerana tanpa rahmat Allah, terpelantinglah kita walaupun amalan setinggi gunung.” Zahidan Abd Aziz   Sia-sialah  hidup jika tidak mendapat rahmat Allah. Kekayaan dan rezeki tidak berkat, habis seperti air yang mengalir tanpa meninggalkan bekas. Harta benda yang sepatutnya menjadi kebahagian, kini menjadi fitnah dan sumber kesengsaraan. Anak-anak memberontak menjadi sumber fitn

Rahsia Sedekah

  MEMBONGKAR RAHSIA KEAJAIBAN BER SEDEKAH !            Assalammualaikum w.b.t untuk pelawat yang dihormati.. Dalam kehidupan seharian , kita seringkali dipertemukan dengan pelbagai dugaan, cabaran, dan cemuhan, kadangkala ada juga hinaan serta bala bencana yang menimpa. Tahukah Anda? Bersedekah itu boleh menghalang bencana dan bala... dan sedekah itu juga, berupaya memadamkan api neraka. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Zahidan Abdul Aziz. Sebelum ini, saya telah menulis sebuah ebook yang berjudul "Rahsia Rezeki". Kini, satu lagi ebook telah pun saya sipakan yang berjudul "Rahsia Sedekah". Ebook ini membicarakan tentang kelebihan bersedekah serta bagaimana orang yang suka bersedekah, boleh menjadi kaya dan melimpah-ruah rezekinya. Ia turut memuatkan kisah tentang seorang manusia biasa yang merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di se

Rahsia Memperolehi Rezeki Murah

Tahukah Anda? Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup!.. Ianya Bermula Dari "Rezeki Yang Diberkati.." Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda. Kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan. Nak kata gaji kecil? Tidak juga!... Nak kata suka enjoy? Tidak juga!... Nak kata tidak tahu urus d

40 Tips dan Panduan Membina Rumahtangga Bahagia

Ketahui Bagaimana Menjadi Pasangan Suami Isteri Yang Hidup Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat! Assalammualaikum w.b.t.. Seringkali, pasangan yang ingin berkahwin, hanya memikirkan tentang majis perkahwinan mereka sahaja. Baju apa yang mahu dipakai? Apakah tema majlis perkahwinan mereka? Berapa kad jemputan yang akan diedarkan? Pelamin bentuk bagaimana yang mahu dipasangkan? Dan pelbagai lagi perkara berkaitan majlis perkahwinan yang akan diadakan menjadi isu utama di dalam fikiran mereka.  Seolah-olah, majlis perkahwinan yang akan diadakan kelak, adalah kemuncak dan penghujung bagi kisah cinta mereka. Sedangkan, majils tersebut, adalah merupakan satu titik permulaan kepada satu lagi perjalanan kehidupan yang lebih mencabar.... iaitu, Alam Rumahtangga! Alam dimana, si lelaki akan bergelar "suami" dan si gadis pula akan bergelar "isteri".... Gelaran "suami" atau "isteri", membawa maksud dan tanggungjawab yang lebih besar. Apatah lagi apabil