Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Kerajaan, JAKIM Perlu Pantau Aktiviti Maksiat Di Laman Social.

SHAH ALAM : Kerajaan perlu memantau pengguna laman sosial yang semakin berani mempersendakan undang-undang dan tidak menghormati agama, tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Menurut beliau, masyarakat kini terutama remaja semakin bebas menyalahgunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya memuat naik gambar dan video yang berunsur lucah.    Justeru, pemantauan dan didikan perlu diberikan kepada remaja yang menjadi majoriti pengguna 'tegar' laman sosial dengan segera. "Kita kena kembali kepada pendidikan asas kita dan undang-undang, perlu ada panduan untuk penggunaan, apa pun yang kita guna perlu ada panduan. "Kita kena didik masyarakat kita supaya menggunakan Facebook ini secara berhemah ataupun kerajaan perlu mengadakan sistem undang-undang yang berkaitan untuk kawalan," katanya kepada Antarapos. Baru-baru ini di laman sosial Facebook gempar dengan penyebaran gambar lucah seorang gadis 'Fa

Ustazah Tegur Kos Perkahwinan Rozita Che Wan

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini. “Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan. Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro. “Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi. Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH. “Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah pu

Kisah Benar Mimpi Bertemu Syuhada' Rabaah

Tulisan Asal : Dr Ahmed Ghonim Ditulis semula : Krew Pilihanraya Mesir Aku bermimpi ajaib malam semalam. Seolah - olah aku sedang berdiri sambil memerhati dari jauh beberapa mayat syuhada' Rabaah yang telah dikafankan. Tiba - tiba, seorang perempuan agak berumur mendekatiku tergesa - gesa.  " Anak ni doktor kan? " soalnya. " Ya saya " jawabku ringkas. Lantas air matanya mengalir sebak. " Ada 2 mangsa yang orang ramai mahu kebumikan, kerana mereka tidak bernafas lagi. Tapi mereka berdua belum mati lagi. Mari, tolong periksa mereka " pinta perempuan itu, teresak - esak. Tetapi aku terpaksa menolak pemintaannya. " Mereka berdua itu dari hospital. Doktor di sana telah memberitahu tentang kematian mereka, dan saya mengesahkannya " jelasku padanya. Perempuan tersebut berkeras dengan pendiriannya, lalu menarik tanganku. " Mari kita lihat dengan lebih dekat " kata perempuan tersebut. Lantas kami segera mendekati dan membuka kain yang menutu

Kenapa Ziarah Maqam Auliya'

Ada yang bertanya... kenapa ziarah maqam Aulia... sedangkan ia tiada memberi kuasa apa-apa... sedangkan tempat meminta hanya pada Allah... Benar wahai saudaraku aku juga sama pegangan dengan mu bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan apa-apa tetapi sedikit perbezaan aku dengan dirimu kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini kepada CINTA Tuhan... Tapi aku juga hairan... kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia mereka juga tiada apa-apa kuasa malah mematikan hati yang hidup bagiku mereka mayat yang berjalan kediaman mereka adalah pusara yang tiada membangkitkan jiwa pada cinta Tuhan... Kematian dan kehidupan disisi Allah adalah jiwa... Ramai mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati... Ramai mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup... Ramai yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati... sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup... Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah d

Mesej Terakhir Ammar Menyatakan Ingin Mati Syahid

Kepada yang tidak mengenali Ahmad Ammar sila lihat video yang berdurasi 25minit di bawah ini. Permergian beliau sebagai mujahid yang disayangi telah banyak membuka mata rakyat bukah sahaja di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yang ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Berikut adalah mesej terakhir beliau di dalam aplikasi chatting Whatsapp bersama kakaknya yang merupakan petanda beliau pergi selama-lamanya. Al-fatihah buat Allahyarham Ahmad Ammar. Kami sungguh berbangga dengan apa yang beliau telah lakukan semasa hidup. Di usia muda beliau telah benyak menyumbang kepada agama Islam.   Pemuda Yang Menyatakan Hasrat Ingin Mati Syahid

Jangan Bangga Bersahabat Dengan Golongan Fasik

Wahai anakku, Janganlah engkau rasa hebat bersahabat dengan mereka yang mendurhakai Allah dan menjauhkan manusia dari jalan-Nya. Kerana engkau akan menempah jalan yang dimurkai Allah. Janganlah engkau kagum dengan seseorang yang memperolehi harta melalui jalan yang diharamkan Allah, kerana setiap perbelanjaannya tidak diterima oleh Allah. Tindakan kamu mendekati mereka dan bergaul mesra dengan mereka akan menjauhkan kamu dari golongan yang dikasihi oleh Allah, dan mendekatkan kamu kepada kemurkaan Tuhanmu. Wahai anakku, Janganlah engkau pisahkan dirimu dari jamaah yang memperjuangkan Islam, walaupun mereka kelihatan lemah, tiada permaidani merah yang menghampar mereka, namun mereka dekat dengan Allah. Perhatikanlah pergaulanmu dengan semua sahabatmu, berjalanlah bersama mereka, makanlah bersama mereka dan sembahyanglah bersama mereka; nescaya engkau akan kenal siapa mereka. Wahai anakku, Janganlah engkau bangga bersahabat dengan golongan yang fasik, lalu kamu menjauh

Benarkah Wujud Adam Sebelum Nabi Adam?

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan? Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2013, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia: 4000BC+2013AD=6013 tahun Manakala, agama pertama di dunia yang direkodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.  Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami p

Mengapa LIdah Kelu Di Saat Ajal Menjemput?

Coba kita amati.. Mengapa kebanyakan orang yg hampir ajal tidak dapat berkata apa- apa.. Lidahnya kelu..keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.. Diriwayatkan sebuah hadist.. "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika adzan.. jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ".. Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri..jangan berkata apa-apa pun sewaktu adzan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati adzan... JIKA LAGU KEBANGSAAN NEGARA BERKUMANDANG,,K ITA DIAJARKAN AGAR BERDIRI TEGAK DAN DIAMKAN DIRI.. Lantas Mengapa ketika adzan kita tidak bisa mendiamkan diri..? ''Barang siapa yang berkata-kata ketika adzan..Allah akan kelukan lidahnya ketika sakaratul maut...'' Na'udzubillahim indzalik... Kita takut dengan kelunya lidah kita saat ajal hampir tiba..maka kita tidak dapat mengucap kalimat "Lailahaillalla h..".. Yang mana siapapun yang

Seorang Ibu Yang Sekuat 1000 Lelaki...

S Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” “Ya,” jawab anak itu singkat. ” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) “Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat

Kenapa Ada Orang Minum Kencing Unta?

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari) Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya. Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya . Ibnu Sina , penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutk

Sajak Untuk Rasulullah SAW Daripada Maharaja China

Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau. Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam. Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.   Panglima-panglima Muslim Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah Chang Yuchun(1330-1369) Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam

9 Jenis Anak Syaitan Serta Tugas Masing-Masing

1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 3. A’awan Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras). 5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. 6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut. 7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) Duduk di pintu rumah kita. Jika ti

Surat Dari Iblis

Assalamualaikum, (Surat Dari Iblis) ( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir) (Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya) **************************************** SURAT DARI SETAN UNTUK MU Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai ****h, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan teta