Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Suhanallah Lagi Bukti Sains Kebenaran Hadis Nabi

Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga. Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya. Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: “والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى” “Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti

Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia

MH370 masih diselubungi misteri. Bukan misteri nusantara tapi misteri alamaya.Didakwa seorang penumpang MH370 membuat satu posting dari Diego Garcia menyatakan beliau telah ditahan oleh tentera upahan.  "I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. " Link forum:  http://archive.4plebs.org/pol/thread/27834494/#27834944   Profil Philip Wood:  www.nydailynews.com Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya 

Mengapa TUDM Tidak Pintas Pesawat Misteri? Ini Jawapannya...

Punca TUDM Tidak Pintas @ Bertindak Pesawat Misteri (Kapal terbang MH370 MAS)? Ini Pendedahannya : Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, ramai yang mempertikaikan tindakan TUDM yang “lambat bertindak”. Akhirnya,  bersama-sama ini disertakan punca dan sebab musabab TUDM bertindak sebegitu rupa kerana…. Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama TUDM mengesan (keadaan)

Ucapan Terakhir Anwar Ibrahim di Parlimen Sebelum Dipenjara

MH370: Pilot MH370 Terima Ugutan Sebelum Menerbangkan Pesawat

 KUALA LUMPUR - Menurut sumber, skop siasatan itu akan diperluaskan termasuk menyiasat telefon bimbit, pesanan e-mel, laman sosial serta alat telekomunikasi lain dimiliki dua juruterbang pesawat MH370 yang memungkinkan mereka diugut sebelum menerbangkan pesawat itu. Elemen ugutan yang mungkin diterima dua juruterbang pesawat MH370 sebelum menaiki pesawat turut menjadi skop siasatan terbaru pihak berkuasa berdasarkan pelbagai maklumat dikumpul setakat ini. Sumber berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan ke atas ahli keluarga terdekat kedua-dua juruterbang terbabit bagi mendapatkan lebih maklumat. “Elemen ugutan ini masih dalam siasatan dan usaha mendapatkan lebih banyak petunjuk baru sedang dilakukan. “Sekiranya perlu, kita akan periksa juga telefon bimbit milik ahli keluarga juruterbang terbabit dan alat telekomunikasi lain yang memungkinkan terdapat unsur ugutan dan ancaman diterima,” katanya. Beliau berkata, siasatan bagaimanapun masih di peringkat awal untuk m

MH370 Hilang, Syarikat Insuran Bayar RM456.7 Juta!

Kuala Lumpur: Syarikat insurans, Allianz yang menjadi syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat MH370 berkata, bayaran sejumlah 100 juta Euro (RM456.7 juta) sudah dibayar syarikat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain sebagai wang liabiti awal. Reuters yang memetik akhbar harian German, Handelsblatt melaporkan, tindakan itu adalah seperti yang ditandatangani dalam perjanjian dengan broker insurans, Willis dan ia adalah selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans dan obligasi syarikat apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang. Dilaporkan, bayaran berkenaan dianggarkan berjumlah RM456.7 juta untuk pesawat dan penumpang di dalamnya. - Agensi

Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia

Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.  Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu. Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai “satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga”.    Sumber laman web itu berkata: “Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.”. Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur, memetik lapor mStar.

Kapten Zaharie Mampu Mendaratkan Pesawat Di Landasan Paling Pendek

Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu. Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun? Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya? Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu? Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak? Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat

Komen Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Tentang Misteri Kehilangan MH370

Fuh... Sangat mendebarkan. Sampai hari ini mister kehilangan MH370 masih belum selesai. Baca teori-teori konspirasi sangat menakutkan.  Baik baca al-Quran atau buku agama. Pendapat peribadi - baik jangan fokus kepada cerita-cerita yang tiada asas dan bukti.  Kalau benar sekali pun teori-teori yang disusun, kita harus sedar sebab manusia kita semua bergantung dan berharap kepada Allah yang maha kuasa. Kebanyakan cerita semuanya was-was dan ada andaian. Yakinlah Allah lebih berkuasa.  Apa yang berlaku adalah dari Dia.... kita teruskan berdoa dan merayu... kepada Allah Seronok dengar perkongsian seorang sahabat facebook video komen Ustaz Shamsuri Haji Ahmad tentang Misteri Kehilangan Pesawat MH370 ni. Lagi ulasan berkenaan kejadian kehilangan ‪#‎MH370‬.~ Bertaqwa dan bersabarlah.~ "Hang tau apa?! Musibah nie tak kena hang.. boleh la kata sabar! "~ Kisah orang tak kenal Nabi ~ Pahala paling besar untuk orang yang diuji ~ Kisah Kapten Zahari ~ Misteri yang masih belum t

Pemimpin Dan Rakyat Malaysia Sedang Diuji Allah SWT

Negara kita Malaysia, pemimpin dan rakyatnya SEDANG DIUJI oleh Allah swt dengan jelas dan terang. Kita sedang hadapi antaranya : a. Kemarau, b. Jerebu, c. Kehilangan MH370, d. Denggi meningkat tinggi e. Kepanasan cuaca lebih dari biasa f. Gerakan penolak hadith yang dibiarkan g. Pilihanraya Kajang yang 'mabuk politik', h. Isu kalimah Allah yang masih belum selesai, i. Ahli politik & penyokong semakin sengketa khususnya selepas keputusan mahkamah baru-baru ini, j. Bomoh menjejaskan nama baik Islam & negara hingga peringkat antarabangsa Justeru, keyakinan dan kerbergantungan kita kepada Allah swt sedang diuji, melihat siapa yang benar-benar ada iman di dalam hatinya. Doa kita diuji kemaqbulannya. Sama-sama dengarkan sedikit perkongsian saya berkenaan persoalan doa maqbul dan tertolak punca, sebab dan cara. Moga bermanfaat  http://www.youtube.com/watch?v=Wh6ovzC4J30 . Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Fikrah TV1 - Doa Yang Mustajab Ustaz Zaharuddin Abd Ra

MH370 : Tragedi Atau Konspirasi?

Anwar di penjarakan. Jasmine Johari mempermainkan satu Malaysia. MH370 hilang di udara. Spekulasi manusia seantero dunia. Dalam kita bertelagah sesama kita, buka mata. Pandang dari persepsi berbeza. Setiap penindasan yang berlaku tanpa kita sedar. Berbalik kepada sejarah Tanah Melayu. Semuanya seperti ulangan semula. Buka buku, buka kitab. Kaji semula setiap apa yang berlaku.  Pagi ini saya terbaca satu blog yang betul-betul menarik perhatian saya. Pandangan dan persepsi yang sangat berbeza. Atas sebab musabab yang munasabah. Saya kongsikan bersama anda. Klik sini.

Kisah MH370 Hampir Sama Dengan Insiden Adam Air Dan Air France

Selain nahas Air France dari Rio De Jenario ke Paris yang menjunam ke dalam lautan Atlantik pada 1 Jun,2009...insiden hampir dengan Malaysia yang boleh jadi bahan renungan ketika menghadapi misteri MH370 ialah apa yang berlaku pada Adam Air pada 1 Januari 2007. Adam Air ialah pesawat tambang murah terawal di Indonesia.Pada tarikh malang itu pesawat Boeing 737-400 yang membawa 96 penumpang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Manado. Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi dalam cuaca buruk. Waktu itu misteri kehilangan pesawat itu memang membingungkan. Ia ghaib begitu sahaja tanpa dapat kesan. Bagaimana pun sebelum hilang, juruterbang sempat melaporkan ada cross wind atau angin dari samping yang cukup kuat. Angin ini berkelajuan 130 kilometer se jam. Sejenak kemudian pesawat hilang dari radar Lapangan Terbang Makasar. Pencarian berhari-hari dilakukan. Malah esoknya timbul khabar pesawat itu dijumpai melanggar gunu

Pesawat MH370 Hilang, US Hantar Pasukan FBI Membantu Siasatan

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Seorang pegawai kerajaan AS dilaporkan berkata penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS. FBI menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan. Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu. "Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan. "Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tra

Gambar Pesawat MH370 Terapung Di Perairan Vietnam

GuaTV kongsi gambar pesawat MH370 terapung di lautan Vietnam – Sejak terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi tadi, gerakan mencari dan menyelamat pesawat MH370 telah dipergiatkan termasuk meminta bantuan dari negara-negara serantau seperti Vietnam dan China. Sementara itu, misteri kehilangan kapal terbang MAS mendapat perhatian seluruh dunia sehingga pelbgai spekulasi timbul di laman-laman sosial. Ada yang mendakwa pesawat MH370 berjaya mendarat cemas di Nanming namun andaian lain pula mengatakan ia terhempas di Laut China Selatan dan Lautan Vietnam. Di sebalik spekulasi-spekulasi ini, sekeping gambar yang dikongsikan portal GuaTV paling mencuri tumpuan penggiat-penggiat laman sosial. GuaTV mendakwa pesawat MAS itu disahkan terhempas di Laut China Selatan. Benarkah? Macam-macam pula andaian.  Sumber BACA:   Mengapa MH370 Boleh Hilang Tiba-Tiba? - Pakar

Ultraman Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. “Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu. Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau

Hukum Menggunakan Handphone Ketika Khutbah Jumaat

Dalam era perkembangan sains dan teknologi zaman ini, berbagai-bagai peralatan baru dan canggih muncul bagaikan cendawan. Salah satu daripada peralatan tersebut, yang dimiliki oleh kebanyakan orang pada masa kini ialah telefon bimbit. Tidak dinafikan bahawa tuntutan keperluan hidup di zaman yang serba canggih dan moden ini menjadikan penggunaan telefon bimbit seakan-akan satu kemestian kerana kewujudannya banyak membantu mempermudahkan tugas dan pekerjaan. Di samping itu, ia juga mampu mempermudahkan perhubungan sesama kaum keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan sebagainya. Selain aplikasi-aplikasi perhubungan, terdapat juga berbagai jenis dan bentuk aplikasi yang lain seperti aplikasi-aplikasi peringatan waktu sembahyang, penunjuk arah qiblat, maklumat, berita, permainan game dan sebagainya yang boleh diakses dengan beberapa petikan jari sahaja. Penggunaan telefon bimbit ini tidaklah menjadi kesalahan selama mana kemudahannnya tidak digunakan ke arah sesuatu yang menyalahi hukum Sy

Harga Hidangan Makan Tengahari RM1,500!

Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh “Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal. Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau. Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui. Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan da