Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Akibat Tak Pam Tayar Dan Tak Pakai Talipinggang

Innalillah malang tidak berbau tapi kita kena diberi peluang dan usaha utk mngelaknya. Selebihnya tawakkal kpd Allah selepas berusaha. Kejadian di atas berlaku akibat tayar van yg kempis tapi terus dipandu sementara penumpang pula tak mengenakan talipinggang keledar. Sama2lah ambil iktibar darinya.   Artikel Berkaitan: Justin Bieber Terbunuh Dalam Kemalangan Pemilik Ferrari Ustaz Azhar Idrus Maut Kemalangan G-Mart Jitra Runtuh  

Rahsia Menarik Rezeki Paling Ajaib

In Shaa Allah – Rahsia Menarik Rezeki Paling Ajaib | Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah, selepas ilmu-ilmu diaktifkan anda mampu mendapatkan apa yang anda inginkan, anda boleh mempengaruhi orang lain dari jarak jauh atau dekat. Anda juga akan memiliki panca indera ke-6 untuk menyelesaikan pelbagai masalah spritual dan saintifik! Inilah keilmuan yang akan kami kongsikan… KEREZEKIAN - Rahsia wang/Menarik kemewahan; kekuatannya pernah dibuktikan dalam tempoh 24 jam! rezeki melimpah ruah, peluang terbuka luas Multi Bio Magnetic Money Amalan ini sangat bagus bagi mereka yang bekerja sebaga

Flat PKNS Kampung Kerinchi Terbakar!(Gambar)

Kejadian kebakaran di Flat PKNS,Kg Kerinchi  berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi.Laporang lengkap masih belum ada.Kita tengok gambar dulu.Mohon doakan keselamatan saudara-saudara kita yang menetap disitu.Hari ni hari dia,hari kita macam mana?Innalillahiwainnailaihirojiun… Harian Islam Charity Outing,Hulurkan Tangan,Ringankan Beban Gambar Kebakaran Flat PKNS Kg Kerinchi Gambar Kebakaran Flat PKNS Kg Kerinchi Gambar Kebakaran Flat PKNS Kg Kerinchi Gambar Kebakaran Flat PKNS Kg Kerinchi   Related Posts: Berita Pelik Dari Penjara Mesir Jasad Ditemui Masih Berdarah Ketika Banjir Di Madinah Wanita Syiah Pulang Selepas Jihad Seks Dan Hamil

Pelajar 14 Tahun Dicekup Di Tandas Sekolah

Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin. Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka. Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.   “Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu. “Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya. Sum

Berhati-Hati Dengan Taktik Penjenayah Terkini - Burudanga.

Mesej daripada OCS Setia Alam, Selangor. BURUNDANGA Berhati2 dengan jenayah terbaru di Malaysia! Sila kongsikan sebanyak mungkin kepada orang lain untuk kebaikan bersama. Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik, kawan2 perempuan & rakan2. Di sebuah stesen minyak, seorang lelaki datang & memperkenalkan diri beliau sebagai seorang pelukis (artis) kepada seorang wanita, menawarkan diri utk menolong mengisikan minyak petrol, kemudian MEMBERIKAN BISNES CARD. Wanita (mangsa) tanpa sebarang syak wasangka terus menerima bisnes card beliau kerana kebaikan lelaki itu & setelah siap mengisi minyak mangsa masuk ke dalam keretanya untuk beredar. Lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta lain yang sedia dipandu oleh orang lain yang sedang menunggu. Apabila mangsa itu meninggalkan stesen minyak, dia menyedari lelaki tersebut juga keluar dari stesen itu pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak

Tiga Jemaah Haji Baru Tiba Di Tanah Air Maut Dalam Kemalangan Ngeri

KUANTAN – Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi tadi. Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini. Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. “Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan. “Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.

Mengharukan, Anjing Ini Menangis Di Kubur Tuannya (Video)

Anjing terkenal sebagai salah satu binatang yang setia. Ada banyak kisah anjing-anjing setia pada tuannya, salah satunya adalah anjing legenda bernama Hachiko yang sudah difilemkan di Jepun dan Antarabangsa. Baru-baru ini, ada sebuah video yang akan membuat anda ikut merasakan kesedihan anjing malang ini. Anjing ini bernama Wiley dari Lockwoodd Animal Rescue Center di California. Dalam video tersebut, sang anjing teresak-esak sedih kerana kehilangan wanita tua yang menjadi tuannya. Wiley nampak begitu kehilangan dan berbaring di batu nisan Gladys sambil menangis tanpa suara, hanya seperti anak kecil yang menangis teresak-esak dan membuat kita yang melihatnya akan merasa terharu.                              

Apa Itu Saka?

SAKA ADALAH JIN PENDAMPING YANG DITURUNKAN DARI SATU GENERASI KESATU GENERASI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. SECARA LANGSUNG IALAHMELALUI PENGIJAZAHAN/PENYERAHAN DARI GENERASI TERDAHULU SAMA ADA MELALUIUNGKAPAN DAN SEBAGAINYA. SECARA TIDAK LANGSUNG JIN INI AKAN MEMILIH MANA-MANAAHLI KELUARGA UNTUK DIDAMPING TANPA DISEDARI. (SEKIRANYA GENERASI TERDAHULUTIDAK SEMPAT MEMBERITAHU ATAUPUN MENYERAHKANNYA) RAMAI YANG TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT APABILA DIBERITAHUPENYAKIT MEREKA ADA KAITAN DENGAN SAKA ATAU DIBERITAHU BAHAWA MEREKA ADA SAKA.INI KERANA KITA TIDAK ADA PENGETAHUAN TENTANG SAKA DAN APABILA KITA FAHAMBAGAIMANA HUBUNGAN SAKA DALAM KEHIDUPAN GENERASI TERDAHULU MAKA KITA TIDAKBOLEH MENAFIKAN KEWUJUDANNYA SEHINGGA HARI KIAMAT. KENAPASAKA DI AMBIL? RIBUAN TAHUN DAHULU, KETIKA ZAMAN PRA-ISLAM, KETIKA ITU TIADAPERALATAN MESIN, PENGANGKUTAN, TELEKOMUNIKASI DAN BERKEMBANGNYAPEREBUTAN/PERSAINGAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN, SEKIRANYA TIDAKADA SAKA MEREKA AKAN DITINDAS. MA

Bayi Bertukar Jadi Buaya

Kisah-kisah seperti lagenda yang membabitkan tentang jelmaan haiwan ada yang menganggap ia sekadar  satu cerita dongeng . Kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tentang satu cerita yang  dipercayai kisah benar . Di mana ia berlaku, tiada sebarang maklumat yang diterima. Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya. Kisah ini merupakan seorang  bayi yang telah bertukar menjadi seekor buaya . Apa yang peliknya, buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Jom layan gambar di bawah ini Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja. Aku nak bercerita pasal  pengorbanan seorang ibu . Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Aku ambil kisah ini daripada seorang teman di Twitter. Begini kisahnya. Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandun

Hancur Tangannya Masuk Mesin Pengisar Daging!!!

Pernah tak terpikir risiko seorg pemotong daging yang pkai mesin pemotong tu, pernah tak terbayang bahaya mesin tu?? pernah tak terpikir macam mana lau tangan kita masuk kt dalam mesin tu? haaa ni makan die.....

Kajian Saintifik Tentang Hukuman Sebat (Hudud)

Mengapa islam menyuruh dikenakan hukuman sebat 100 kali bagi orang yang belum berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Sebenarnya, badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin, dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini. Manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel dalam sehari kerana sel-sel lain telah hilang disebabkan perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati bersalah melakukan zina, maka hendaklah ia disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, satu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus hiv jika ia ada di badannya. Dengan itu, dapatlah antibodi melawan virus hiv tersebut. Tetapi jika lelaki itu

Elakkan Ke Bangkok Atau Thailand, Menakutkan...Bacalah..

  Sama ada betul atau tidak cerita ini. Belum ada kenyataan rasmi dari pihak kedutaan kita. Apa apa pun tak salah kalau kita bersikap berhati hati...anyway sharing is caring... Shared dr fren FB...hati2 ye...elakkan ke Thailand..Bangkok...menakutkan...bacalah:   Kisah Benar daripada seorang pelancong Malaysia yg melancong ke Thailand... Dear friends, Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan. I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dir

RM20,000 Duit Rompakan AmBank Ditemui

Shah Alam – Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu. Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu. Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis. Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan. “Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya. Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal

Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan

Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari. Berwuduklah sebelum tidur Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah. Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran. Islam melarang tidur secara meniarap “Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi) Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu sepert

Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak

SERDANG – Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya. Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang. “Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak. “Kemudian saya jawab, ‘abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak,” ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak. Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja. “Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja,” luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu per