- Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada semua golongan di atas dan mereka yang memerlukan bantuan.
- Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan makanan asas,pakaian serta apa sahaja barangan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta serba kekurangan.
- Mengadakan kelas-kelas fardhu ain, khidmat nasihat/kaunseling dan motivasi
- Menganjurkan rehlah untuk memberi mereka peluang berhibur dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa merekaMengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sebagai latihan untuk berhadapan dengan masyarakat.
Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah...
Comments