Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

Bil Api Dan Air Pusat Tahfiz Dan Surau Untuk DIbayar

Kami membuka peluang untuk memberi saham membayar bil bulanan api dan air tahfiz dan surau Kg Buaya, Menora. Surau ini digunakan oleh pelaj...

Nuffnang

Maksud Sebenar Sekufu.


Soalan:
Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )?

Nurul Suhana, Kuantan

Jawapan:
Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua.

Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi memandangkan ianya suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya, Syafei menghukumkan sahnya perkahwinan tersebut bergantung kepada keredhaan keduanya. Jika keduanya redha menerima ketidak sekufuan itu, perkahwinan tersebut adalah sah.
Sila rujuk buku:
1. Kursus & Bimbingan Perkahwinan DN 030




ANAK ANAK YATIM INI PERLUKAN TAJAAN UNTUK BELAJAR DI TAHFIZ




0 comments: