Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, per...

Nuffnang

Pesawat MH370 Hilang, US Hantar Pasukan FBI Membantu Siasatan

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.


Seorang pegawai kerajaan AS dilaporkan berkata penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

FBI menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.

Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.

Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.

"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan.

"Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.

Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal. - awaniNews

Wa Allahu'alam.. 

0 comments: