Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, per...

Nuffnang

Mengapa TUDM Tidak Pintas Pesawat Misteri? Ini Jawapannya...

TUDM MH370
Punca TUDM Tidak Pintas @ Bertindak Pesawat Misteri (Kapal terbang MH370 MAS)? Ini Pendedahannya : Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali.
Walaubagaimanapun, ramai yang mempertikaikan tindakan TUDM yang “lambat bertindak”. Akhirnya, bersama-sama ini disertakan punca dan sebab musabab TUDM bertindak sebegitu rupa kerana….

Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri

  • Radar TUDMPasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka keranamenyangka ia mungkinmenerima arahan menara kawalan trafik udara
  • Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama
  • TUDM mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat tidak memberikan ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.
  • Radar TUDM hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja

Mengapa TUDM Mengambil Masa Untuk Umumkan Radar Berjaya Kesan Pesawat berpatah Balik?

  • TUDM berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya(SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan (TUDM) juga melakukan SOP TUDM untuk mengesannya,
  • TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).
P/S : Keputusan dibuat semua berdasarkan anggapan? Erm…..Yang akhirnya hasil tindakan berdasarkan sangkaan berkahir dengan tragedi. Mengapa tidak melakukan pengesahan & siasatan? Mengapa perlu mengambil mudah atas kelaziman? Dalam aspek pertahanan negara tiada istilah kelaziman. Musuh menunggu masa untuk “meratah dan merogol” pertahanan pertahanan negara ketika kita sedang asyik lewa.
PP/S : Berita Semasa tidak sama sekali bertolak ansur apabila melibatkan aspek “nastional security” & keselamatan rakyat Malaysia. Musuh boleh datang pada bila-bila masa sahaja dengan apa cara sekalipun.
PPP/S : Ya…risiko ada di mana-mana, tetapi bukankah kita boleh meminimumkan setiap risiko yang bakal berlaku? Sampai bila kita hanya mengharapkan “sangkaan & mungkin” dalam menjadi keselamatan & kedaulatan negara tanpa koordinasi yang mantap antara TUDM dengan syarikat penerbangan komersil?

1 comments:

Anonymous said...

Apa yang lebih logik dilakukan setelah pesawat dikesan hilang dari radar oleh control tower ialah mendapatkan kepastian dari pihak tentera...tentera akan mula bertindak dari situ..sekiranya pihak control tower (mas atau dca ) maklumkan kpd pihak tentera berkaitan kehilangan pesawat sepatutnya tentera menggunakan kemudahan radar mereka utk mengesan apa saja objek diudara ketika itu..mereka tentu ada banyak stesen radar stationary dan radar bergerak....confirmkan ada pesawat yg tidak dikenali dirusng udara kita....despatch pesawat peninjau...try to make contact...dari situ mungkin senario telah menjadi berbeza ....faktor masa sanagt kritikal dlm hal ini...sejak mula pesawat dikesan hilang relevant high authority in dca,army, ministry should have been called upon ..decision had to made fast....if all this had taken place mh370 should hv been recoverd by now...