Skip to main content

Hudud : Pakar Perubatan Islam Sedia Membantu

KUALA LUMPUR:
 Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Muslim Malaysia (Pakar) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri atau pusat berhubung perlaksanaan hukum hudud.

Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan  khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.

"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.

"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada. 

Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.

Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara. 

"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.

Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam