Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Featured Post

JIKA ANDA ADA HAJAT, ANAK2 TAHFIZ INI AKAN BUAT SOLAT HAJAT

Pihak madrasah mengadakan : Setiap hari Doa Selamat & Solat Hajat ( bagi penyelesaian masaalah diri sendiri, rumah tangga, per...

Nuffnang

Kisah Seekor Kucing Yang Berjasa

Kisah ni berlaku 2 bulan yang lepas...apa yang Tasha ingin paparkan ialah tentang KISAH KUCINGYANG BERJASA ni adalah mengenai kasih sayang dan hubungan antara haiwan kesayangan dan manusia.Kucing ni bukan kepunyaan Tasha tapi merupakan kucing kesayangan Atuk Tasha yang tinggal sebelah menyebelah dengan rumah Tasha.Atuk Tasha panggil kucing ni dengan nama 'Dollah'.Jangan lupa kucing juga merupakan makhluk kesayangan Rasulullah kita.Tasha pun sebenarnya alergik dengan kucing..tak boleh nak peluk-peluk dan belai-belai sangat nanti kulit jadi gatal-gatal dan mata berair.Tasha bukan tak suka dengan kucing...tapi keadaan tak mengizinkan.Biasanya Dollah paling manja dengan adik Tasha yang nama dia Syuhada.

Kisahnya begini...masa ni adik Tasha yang nama dia Haiqal berumur 4 tahun baru balik dari sekolah tadika.Biasanya kalau adik Haiqal balik sekolah..si Dollah kucing ni berlari-lari datang rumah Tasha..seronok tengok gelagat si Dollah berlari-lari manja kejar adik Haiqal...Tapi adik Haiqal suka buli Dollah.Walaupun selalu kena buli tapi Dollah tetap manja..

Bermulanya kejadian...adik Tasha si Haiqal bermain-main kat longkang depan rumah.'Dollah' pulak tengah bergolek-golek main bola kecik berhampiran adik Haiqal.Tanpa disedari adik Haiqal..ada seekor ular senduk hitam sebesar batang paip dan panjang lebih kurang satu meter sedang menyusuri longkang sambil mengejar seekor katak.Masa katak ni melompat dekat dengan adik Haiqal tetiba ular senduk berdiri menaikkan kepala dan mengembang...masa ni la kucing bernama 'Dollah' dengan pantas meluru kearah ular senduk hitam tersebut.Abah Tasha pun ada masa tu..lantas Abah terus menarik tangan Haiqal dan menjauhkan diri dari ular senduk hitam yang tengah bertarung dengan 'Dollah'.

Abah Tasha cuba mencari dan mendapatkan sebatang buluh untuk memukul ular tersebut.Masa Abah Tasha berjaya mendapatkan sebatang buluh, ular tersebut berjaya melarikan diri setelah bertarung dengan 'Dollah'.Tapi kesian kat Dollah...mata sebelah kiri Dollah kena sembur dengan bisa ular tersebut.

Tasha perhati kucing ni memang pandai mengubati matanya sendiri.Dollah asyik menggosok mata dia yang bengkak dengan tangan yang dicampur air liurnya sendiri.Tasha ada juga sambil-sambil tolong lap buang taik mata dengan kain basah tiap hari bila kucing ni datang rumah Tasha.Nasib baik Dollah tak buta...dekat seminggu jugak la baru baik.Syukur...tiada sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi.Tasha sangat-sangat berterimakasih kat kucing bernama Dollah ni walaupun hanya seekor haiwan peliharaan.Sangat besar jasanya kat family Tasha.Kalau Dollah datang rumah Tasha, mesti ibu Tasha bagi dia makan.

0 comments: