Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Dr Mashitah Jawab Hukum Beliau Bersalam Dan Mencium Tangan Pak Lah


Sebelum ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir.

Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim.

Dalam artikel di ruangan soal jawab “Anda musykil Dr Mashitah jawab” itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram.


Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau.

Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib?
-- milosuamblogspot.com
Wa Allahu'alam..


BACA: Minyak Ron 95 Naik Lagi?

SUMBER

1 comments:

Anwar Ibrahim Biber said...

waah, puyoo bijak gila ustazah umno ni loool
tapi saya rasa dia tidak patut cium tangan atuk tu sebab dia dah kahwin, dah ada husband and anak (nt sure) lagi .. perkara ni blh menimbulkan bynk fitnah .. terutama daripada org yg tk bertanggungjawab