Skip to main content

10 Tempat Paling Pelik Di Dunia

Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana bahagian di atas dunia - hanya di situ. Ia menjadikan kita persis berada di planet lain.

Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia...

 

1. Dry Valleys - Antartika
 

 
 

 

Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Mars. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kdang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih ajaib lagi, ternyata di dalam air tersebut ada makhluk hidup yang boleh hidup! 


2. Socotra Island - Lautan Hindi
 

 

  





 

 


Ia terletak lebih kurang 240KM dari Afrika dan 380KM dari selatan Semenanjung Tanah Arab. Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, anda boleh dengan mudah berbohong bahwa anda baru saja diculik Alien, pemandangan Pulau Socotra yang sudah terpisah dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Apalagi di pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang ditemui di dunia.

Tapi jangan berharap boleh tinggal, iklim dipulau ini mempunyai batuan sangat  keras, sangat panas, dan kering. Pantai di pulau ini banyak sekali terdapat gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter, dan bahkan beberapa tanaman usianya mencapai 20 juta tahun.
 


3.Rio Tinto - Sepanyol 

 

 

 

 

Pemandangan Rio Tinto yang berwarna merah darah ini adalah sebatang sungai dari Sierra Morena yang mengalir dari banjaran gunung Andalusia, Sepanyol.

Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa dan aneh, sehingga pemandangan yang ada semakin mirip dengan bulan. Pertumbuhan pesat akibat daripada dari lombong ini tidak hanya memberi kesan kepada gunung dan lembah yang ada, bahkan semua penduduk desa berdekatan terpaksa dipindahkan. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

 

4. Klikuk, the Spotted Lake - Kanada
 

 


 


Pada saat musim panas, air di danau ini, berwap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangi rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang terluka.

 

5. Salar de Uyuni - Bolivia 

 

 
 


Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran geyser, dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.

 

6. Vale da Lua - Brazil

 

  


Vale de Lua tertak di Chapada dos Veadeiros National Park. Ketika berada di sini, anda seolah-olah berada di bulan.


Vale de Lua, jika diterjemahan dari nama tempat ini bermaksud Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang terkikis oleh air dari Sungai San Miguel, dan meninggalkan banyak 'kolam renang semulajadi'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

 

7. Blood Pond Hot Spring - Jepun


 

Mata Air Panas Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas semulajadi yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. 'Neraka kolam darah' ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya. 

 

8. The Stone Forest - China 
 

Stone Forest, China

 
 


Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya dibaca Shilin, adalah batuan semulajadi yang dibentuk dari air yang terus menerus menggelegak menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang semulajadi. Daerah ini telah dikenali semenjak Dinasti Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'

 

9. The Richat Structure - Mauritania  

 

 

Google Maps


Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) dan dapat dilihat dari angkasa lepas. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para pakar.

Dari pandangan angkasa lepas, Richat Structure yang terletak di Gurun Sahara, 
Ouadane,Mauritania ini seolah-olah seperti mata manusia. Fenomena semulajadi ini disebabkan oleh kubah yang berbentuk simetri. Ada kalangan saintis percaya, ia adalah kesan jatuhan meteor.

10. Eisriesenwelt Ice Caves - Austria 
 

 

 



 

eisriesenwelt-caves



Gua Ais Eisriesenwelt, Austria ini berbeza sekali dengan gua biasa. Pintu masuknya hanyalah satu lubang di lereng gunung. Apabila anda masuk, panahan cahaya yang ada akan membuat anda merasa sedang berada dalam planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan hingga mencapai panjang 40km. Berdekatan pintu masuk gua ini dipenuhi ais yang berlapis-lapis sehingga mencapai ketebalan setinggi 65 kaki dan bercampur dengan stalakit, stalagmit dan pembentukan ais-ais yang lain.

 

 

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.


Perpustaan Digital, mengandungi 
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar. 

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban Tokoh |  Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright © 1999-2013 www.tayibah.com


Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam