Skip to main content

Jerebu Hati

Jerebu di sebut Ad-Dukhan. Mcm juga hati yg diselaputi jerebu.....pandangan ke akhirat kelabu....suluh dgn lampu kereta pun pandangannya terhad....begitulah juga dgn jerebu/hijab.  Jerebu sebab hutan dibakar dan ia menghasilkan asap jerebu. Begitu juga dgn maksiat, ia menyebabkan hati berjerebu dari petunjuk akibat dari lalai dgn dunia. Nikmat dunia ni memang rasa sedap terutama bila nampak duit, wanita, makanan & harta.

Jln ke akhirat sukar kelihatan kerana pandangan terhijab akibat jerebu dunia. Jerebu keduniaan sukar dicuci bila sudah melekat di hati melainkan dibedah dgn iman & taqwa. Iman pula bukan dtg sendiri...perlu di cari.  Bila dpt iman baru dtg taqwa. Rasa manis iman dan taqwa tak terbanding dgn lazatnya nikmat dunia yg sementara ini. Manisnya iman dpt mengenal Pencipta Dunia ini manakala manisnya dunia "menjauhkan" pengejarnya dari Al-Khalik iaitu tuan punya dunia ini.

Manusia sanggup korbankan hartanya, auratnya, akhlaknya; halal haramnya demi dunia (wang ringgit) seolah2 spt tidak menjadi kesalahan di sisi agama. Terlupa sekejap agaknya dgn agama pabila berhadapan dgn umpanan $$$$ & £££££. Ghairah mencengkam jiwa dan nafsu.

Carilah harta dunia tp jgn sampai tergadai akhirat kerana dunia ni harta yg PASTI ditinggalkan walau banyak mana sekalipun; manakala akhirat itu adalah negeri kekal abadi. ...jadi nak bawa APA ke sana......?

Harta akhirat bukan berbentuk fisikal tp amal soleh,  zikrullah,  sedeqah, berbuat baik, taat pd Allah dan RasulNya (buktinya lihat org mati-apa yg dia bawa-harta dunianya hanyalah KAIN KAFAN- kalau ada sedeqah, amal soleh, kebajikan bawalah sekali).......inilah harta sebagai BEKALAN ke akhirat. Jgn jadi miskin dan fakir di sana nanti kalau tidak menyediakan amalan di dunia ini.

Timbanglah dgn neraca AQAL & SYARAK.....pernahkah kita merasa GHAIRAH utk mencari bekalan akhirat spt mana kita mencari wang siang dan malam, pagi dan ptg. ....berhujan berpanas ke sana ke mari?

Kita mengejar harta dunia sebab kita nampak dgn mata kepala sdgkan harta akhirat kita x nampak sebab JEREBU hati. Harta akhirat hanya boleh dilihat dgn pandangan "mata hati" ('ainul basyirah) yg terbuka oleh amal soleh dan kurnia Allah. Kejar dunia bukan amal soleh kerana sifat dunia itu "ghurur" yakni tipudaya. Org "soleh/solehah" bukan mereka tak boleh kejar dunia mcm ahli dunnia tp mereka nampak tiap2 org yg hidup itu PASTI MATI; jadi tak ade GUNANYA "berhempas pulas" memperhambakan diri siang mlm pada dunia (benda yg tak berfaedah) yang akan ditinggalkan buat selama2nya itu!

Justeru org2 yg soleh/solehah beriman pada HARI AKHIRAT,  mereka ikut Rasulullah kerana setiap "kalam" Nabi saw itu benar; mcm para sahabat, para alim ulama dan para ahli akhirat, kerana mereka2 di atas itu adalah para "HABIBULLAH" yakni kekasih Allah. Mereka juga hidup di dunia tp mengambil dunia bukan dgn kerakusan nafsu syahwat sebaliknya "mengawal" & mengendali nafsu dan harta dgn agama (iman). Ahli dunia (sengaja) membiarkan diri mereka menjadi tunggangan nafsu dan syahwat bukan menunggangnya!

Tanda manusia itu TEWAS dgn dunia bila akhirat itu dilihatnya spt TIADA atau HILANG dari hatinya. Ya, munkin ada.....tapi sedikit sangat spt sedikitnya IMAN yang ada di hati; berbanding dgn syahwatnya kpd dunia yg sangat kuat menggelegak spt air mendidih atau spt laut bergelora. Zikirnya siang mlm adalah dunia.....hinggakan solat entah ke mana....aurat dah tak terjaga lagi....akhlak..... itulah KESANnya dunia....mengasyikkan kalau kita leka dan lalai.

Tutur kata hanyalah bahasa dunia kerana terasa indahnya pada nafsu yg bergelora. ..."bahasa akhirat rasanya tak sesuai dituturkan di majlis (dunia) ini......" malu...! Nanti pulang rumah kita buatlah.

Tak apa lah......Kalau rasa tak mati...... sbb itu Nabi pesan ingatkan mati (sehari 27 kali) supaya tak lalai dgn akhirat walaupun sibuk dgn urusan dunia.

Ambillah dunia dgn "tangan" kesyukuran. Jadikanlah dunia "jambatan" utk akhirat.

Semoga jerebu di Msia dan di hati kita (pada dunia) akan segera berakhir.

Salam 1 Zulhijjah.

Selamat meningkatkan amal2 soleh dan solehah di bulan mulia (haji) ini dan beroleh keuntungan dunia dan akhirat! Mabrur....mabrur...mabrur.....

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam