Skip to main content

Kenapa Penyakit Anjing Gila Merebak?

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.
To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here! 
Register as a CARI member NOW!
Register Login or 


Oleh : TS LOO


Baru-baru ini, negeri-negeri Utara Malaysia seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dikejutkan dengan serangan 'penyakit anjing gila' yang telah menarik perhatian pelbagai pihak.

Mengikut rekod kementerian kesihatan negara kita sejak tahun 1997 tidak pernah berlaku penyakit seumpama ini, justeru jabatan kesihatan negeri segera mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha menangani penyakit yang merbahaya ini. 

Antaranya menghapuskan semua anjing liar bagi mengelakkan rabies merebak selepas memperolehi nasihat daripada pakar veterina jabatan kesihatan.


sumber foto : http://certifiedvethomeopath.com/

Sehingga 17 September lalu, terdapat 39 kejadian gigitan anjing pada manusia (25 di Perlis, sembilan di Kedah dan lima di Pulau Pinang yang melibatkan 39 ekor anjing di mana 10 telah disahkan positif Rabies. 

Sekaligus, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis diisytihar sebagai kawasan penularan wabak anjing gila atau rabies.


Berikut adalah beberapa infomasi yang ingin saya kongsikan agar pembaca Cari infonet mendapat gambaran lebih jelas berhubung apa sebenarnya itu Penyakit Anjing Gila atau Rabies dan langkah pencegahannya.



sumber foto : http://archive.thv11.com/

Penyakit anjing gila atau dikenali sebagai rabies ialah penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas.

Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan mangsa yang dijangkiti biasanya akan menemui ajal.



sumber foto : http://lh6.ggpht.com/

Penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain melalui gigitan daripada haiwan berjangkit.

Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

Agen penyebab: Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus



sumber foto : http://images.artwanted.com/

Cara jangkitan:  Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.


Tanda dan Gejala :

Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan. Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup-an angin (aerophobia). 

sumber foto : http://www.davisvet.com/


Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.

Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies  (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.

Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies


Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies. 
sumber foto : http://www.veterinavblansku.cz/


Langkah berjaga-jaga : 

Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka  dengan sabun dan air.

Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam