Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Isteri Herman Tino Minta Suaminya Tidak Bertanding Pada PRK DUN Kajang.

"Herman_Tino_IsteriNoraini Ibnu, isteri kepada penyanyi Herman Tino berharap agar suaminya tidak bertanding pada PRK DUN Kajang pada 23 Mac depan.

Dia yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

“Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk ‘melayan’ perkara-perkara politik macam itu.

“Saya tidak suka dia ‘membakar diri’ dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

“Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula,” katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi ‘WhatsApp’ kepada mStar Online.

Herman Tino atau nama sebenar Masrun Tamsi, 60, berminat untuk bertanding pada PRK DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.

Sebelum ini Herman pernah mencuba nasib bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tanjong Karang pada PRU lalu dan tewas kepada Datuk Seri Noh Omar.

RM10,000 deposit untuk bertanding kerusi tersebut diperolehi selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.

“Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

“Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan,” pintanya lagi, lapor mStar Online.


0 comments: