Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Alfatihah Buat Pak Yazid Selamat Pulang Ke Kampung Asal

Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Razman Zakaria menziarahi jenazah Pak Yazid Jaafar di rumahnya di Kg Baru Kuala Lumpur





Veteran PAS dan pendakwah terkenal, Yazid Jaafar meninggal dunia pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor.

Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan.

Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad 1960 hingga ke akhir hayat.

Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.

Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada dekad 80-an dan 90-an.




Ini antara Pantun Nasihat Pak Yazid ttg kematian

Kalau berniaga janganlah rugi,
Kalau berkayuh janganlah patah,
Kini kita di atas bumi
Esok kita di kandung tanah.

Kalau tiba saatmu mati
Tidak guna menangis darah
Tinggal harta, anak dan isteri
Tinggal segala emas pertatah.

Rumah tinggal gedung pun tinggal
Tinggal juga usaha yang gigih
Kita menghadap Tuhan yang tunggal
Hanya berguna amal yang soleh.

Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.


Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. AL - FATIHAH.

0 comments: