Skip to main content

Pejuang Islam Bakar Buku-Buku Agama Sebagai Bukti Taubat

 
Sebagai membuktikan taubat 'nasuha' mereka kepada JAIS, JAKIM dan masyarakat maka semalam pemimpin-pemimin GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd)  diketuai oleh Khadijah Am telah membakar buku-buku agama tulisan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad. Buku-buku AGAMA tersebut hasil tulisan al marhum Ustaz Ashaari Muhammad sejak zaman Arqam lagi.
Program bakar buku itu dijalankan di Bandar Country Homes, Rawang pada hari raya Haji kedua 16hb Oktober 2013 disaksikan oleh pegawai-pegawai polis, JAIS, bomba dan para wartawan.
 
 
Khadijah Am, bekas balu kepada al marhum Ustaz Ashaari Muhammad, mengaku telah mengamalkan ajaran sesat selama ini dan kini ingin kembali ke pangkal jalan dan mengikut fatwa yang digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Am pernah ditahan di Mekah beberapa bulan yang lalu bersama-sama pengikutnya dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman pancung di atas kesalahan mereka yang berat iaitu menyebarkan ajaran sesat kepada jemaah haji serta masyarakat sana.
Antara ajaran-ajaran sesat yang dibawa beliau:
a. mengaku beliau sangat intim dengan Rasulullah SAW, selalu bercakap dengan baginda SAW dan menerima arahan-arahan baginda SAW dari masa ke semasa.
b. mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai 'wasilah' iaitu perantara antara manusia dengan Rasulullah SAW.
c. menyakini bekas suaminya yang telah meninggal belum mati tapi hanya ghaib dan akan muncul semula sebagai pemimpin besar di dunia ini. Bahkan beliau mengaku selalu 'berjimak' secara roh dengan bekas suaminya.
d. memisahkan suami dan isteri, anak dan ibu ayah, memberi kuasa kepada isteri untuk menceraikan suami atau lari dari suami jika suami enggan mengikut isteri bersama perjuangan Khadijah Am.
e. menggunakan wang kutipan anak-anak yatim dari 81 buah rumah amal untuk kebajikan Khadijah Am sekeluarga serta pemimpin-pemimpin jemaah mereka. Sedangkan kebajikan ahli-ahli biasa serta anak-anak yatim terabai sama sekali.
 
 
Tapi kini Khadijah dan pengikut-pengikutnya mengisytiharkan secara rasminya telah meninggalkan segala ajaran karut marut mereka dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan sebagai orang mukmin sebenar. Diharap masyarakat dapat memberi kerja sama untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan hanya lakonan semata-mata.
 
Puan Khadijah Am - tokoh memerangi ajaran syiah?
 

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam