Mesej daripada OCS Setia Alam, Selangor.
BURUNDANGA
Berhati2 dengan jenayah terbaru di Malaysia!
Sila kongsikan sebanyak mungkin kepada orang lain untuk kebaikan bersama.
Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik, kawan2 perempuan & rakan2.
Di sebuah stesen minyak, seorang lelaki datang & memperkenalkan diri beliau sebagai seorang pelukis (artis) kepada seorang wanita, menawarkan diri utk menolong mengisikan minyak petrol, kemudian MEMBERIKAN BISNES CARD.
Wanita (mangsa) tanpa sebarang syak wasangka terus menerima bisnes card beliau kerana kebaikan lelaki itu & setelah siap mengisi minyak mangsa masuk ke dalam keretanya untuk beredar.
Lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta lain yang sedia dipandu oleh orang lain yang sedang menunggu.
Apabila mangsa itu meninggalkan stesen minyak, dia menyedari lelaki tersebut juga keluar dari stesen itu pada masa yang sama.
Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak dapat menarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap & menyedari bahawa ada bau pada tangannya, tangan yang sama menerima kad dari lelaki di stesen minyak tadi.
Mangsa kemudian melihat lelaki tersebut mengekorinya di belakang & dia merasakan perlu untuk melakukan sesuatu pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah orang yang pertama ditemui & mula membunyikan hon berulang kali utk menarik perhatian dan meminta bantuan.
Menyedari hal tersebut, lelaki itu terus memandu pergi tetapi mangsa kini merasai keadaan yang agak teruk dan lemah selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas dengan baik.
Setelah penelitian, ada suatu bahan pada kad tersebut yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.
Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui orang awam setakat ini) & ia digunakan oleh orang2 yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri atau mengambil kesempatan daripada mangsa. Dadah ini dikatakan 4X lebih merbahaya daripada yang biasa.
Jadi sila berhati2 & pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang yang tak dikenali ketika anda bersendirian.
Kongsilah jika anda fikir ianya penting dan perlu disampaikan.
Comments