Saidina Abu Bakar As Siddiq pernah berkata, ‘Andai aku tahu di seberang lautan itu terdapat manusia nescaya aku akan berenang untuk menyampaikan seruan.’ Sejarah tidak pula menyatakan yang Saidina Abu Bakar pernah berenang. Sejarah juga tidak menyatakan apakah Saidina Abu Bakar pandai berenang. Mungkin pada zaman Sahabat dahulu dianggap mustahil untuk berenang pada jarak sekitar 30, 40 km. Kalau zaman sekarang sudah tidak lagi menjadi satu yang asing kerana sudah ramai yang berjaya berenang di Selat Inggeris yang bersuhu sejuk dari Dover ke Clais termasuk Dato Malik Maidin. Biarpun ramai yang mampu berenang begitu jauh namun dalam kontek zaman ini yang sudah serba maju, berenang tidak diperlukan lagi untuk tujuan berdakwah. Saya sendiri kalau tidak salah ingatan, hanya negara-negara Afrika, Rusia dan Amerika Latin yang tidak dikunjungi untuk berdakwah. Menurut tafsiran sejarah kata-kata Saidina Abu Bakar itu adalah merujuk kepada sikap serta semangat juang yang tinggi dalam menyelamatkan aqidah manusia dan menyampaikan kebenaran.
Apabila saya mula-mula berjinak dengan alam dakwah, guru saya juga sering berpesan, ‘Pendakwah mesti bercita-cita tinggi terutama dalam membawa manusia kepada Tuhan. Cita-cita tinggi itu insyaAllah akan diiringi dengan jiwa turut menjadi besar dan kental. Dalam usaha dakwah, ranjau dan halangannya memang banyak. Cuba tidak tersangkut dengan halangan yang remeh temeh di keliling pinggang sendiri. Pendakwah bakal berhadapan dengan rintangan paling besar datangnya dari nafsu sendiri. Andainya gangguan nafsu sendiri itu berjaya dirempuh, lama kelamaan nafsu itu akan jinak dan bertukar positif. Pada peringkat itu kita akan terhibur serta ketagih dengan kerja-kerja dakwah. Kesusahan akan dilalui macam sambal ketika makan nasi. Selain itu seorang pendakwah berperanan mendidik nafsu manusia. Nafsu mereka tidak akan terdidik andainya pendakwah masih bernafsu besar, liar dan rakus. Ibarat orang yang gagal menjinakkan kuda tunggangannya sendiri mana mungkin dapat menjinakkan kuda liar milik orang lain. Selain dari itu kita mesti ada semangat seperti Saidina Abu Bakar. Pergilah berdakwah dengan apa cara sekalipun misalnya kalau terpaksa naik lori balak, berbasikal, berjalan kaki, menaiki sampan, rakit, kereta lembu dan sebagainya. Tidak mustahil suatu masa nanti akan turun naik kapal terbang.’
Kata-kata guru saya itu diungkapkan dalam tahun 1978. Kecuali lori balak dan kereta lembu yang saya tidak pernah gunakan manakala yang lain sudah saya rasai termasuk menaiki rakit. Saya sudah lupa nama sungainya tetapi saya menaiki rakit pergi dan balik untuk sampai dan keluar di sebuah kampung dalam negeri Kedah. Di Sandakan saya pernah beberapa kali menaiki lori ‘Driving School.’ Lori itulah yang disediakan sebagai pengangkutan untuk saya berceramah di lima buah masjid dalam Daerah Sandakan, Sabah. Menaiki bas stop service, Bas Ekspres, teksi, bot, keretapi adalah perkara biasa. Begitulah sedikit coretan dalam aspek kenderaan. Guru saya juga memberi semangat dan perangsang,
‘Cuba bayangkan para Sahabat berdakwah hingga Islam diterima oleh tiga suku dunia. Sedangkan zaman itu kenderaannya hanyalah kuda, unta dan keldai. Untuk sampai ke satu-satu tempat memakan masa berbulan-bulan. Begitu pun sukarnya tidak pula melemahkan semangat dan cita-cita mereka mengembangkan agama Allah swt. Menempuh segala halangan untuk memperjuangkan Islam mendapat kemanisan iman serta mereka merasa bahagia. Ramai di antara mereka terus tidak pulang ke Semenangjung Arab. Mereka beranak pinak dan meninggal dunia di luar tanah Arab. Cuba kita lihat makam para Sahabat yang bertebaran di merata dunia. Pada usia 80 tahun Abu Ayub Al Ansari menunggang kuda menuju ke Istanbul, Turki untuk cuba menawan Konstantinopal. Beliau gagal tetapi saksi perjuangan beliau ialah makamnya di kaki Kota Konstantinopal. Makam beliau diziarahi oleh ratusan juta umat Islam.
Mereka yakni para Sahabat sangat gigih berjuang kerana memburu darjat yang tinggi di sisi Allah swt. Allah swt sediakan darjat yang tinggi malah pahala sebagai syuhada bagi pejuang Islam. Ini kerana setiap apa jua kesukaran dan kesusahan hatta sekecil-kecil sekalipun seperti titisan keringat, kepenatan, lenguh, lesu, menahan tidur, kering tekak dan berbagai lagi semuanya menjadi kifarah penghapusan dosa serta diganti dengan ganjaran pahala. Jariah mengislamkan manusia memang amat besar dan banyak imbuhan disisi Allah swt. Tidak mampu menghitung pahala jariah kerana Agama Islam sambung bersambung hingga sepanjang zaman.’
Penginapan atau tempat tidur sepanjang berdakwah juga tidak menentu. Tidur di masjid, surau, di rumah kawan atau kenalan, dalam kereta adalah perkara biasa. Suatu ketika saya diundang berceramah dalam satu Kursus Keluarga Bahagia bertempat di sebuah hotel. Secara kebetulan hotel di Bandar Batu Pahat, Johor tersebut tidak jauh dari sebuah surau. Saya berehat di surau dan solat zohor sementara menunggu sesi saya selepas zohor. Sebaik tiba di pintu dewan kuliah saya disambut oleh peserta kursus. Salah seorang peserta kursus, Pak Rijal, seorang ahli perniagaan dari Jakarta Indonesia turut bersalam dan bertanya,
‘Pak Ustaz dari mana?’
Saya berhenti melangkah untuk menjawab pertanyaan Pak Rijal,
‘Saya dari Kuala Lumpur dan tadi saya singgah berehat di surau.’
Tiba-tiba Pak Rijal menyambung perbualan dengan berkata,
‘Wah, Pak Ustaz ini seorang pendakwah yang tulin dan berkat kerana kuliahnya di hotel, nginapnya di surau. Saya belum pernah ketemu pendakwah begitu. Saya sering ketemu pendakwah yang nginap di hotel, ceramahnya di surau.’
Demikianlah penilaian Pak Rijal. Saya tidak melanjutkan perbualan kerana mahu membiarkan keyakinan Pak Rijal itu tidak terganggu.
Sebenarnya dalam soal penginapan kedudukannya memang tidak menentu. Maksud saya tidak selama-lamanya di surau atau di masjid. Misalnya Allah swt rezekikan pula ada era menginap di hotel berbintang antaranya Hotel Hyatt, Hotel Eden, Hotel Delphi, Hotel Dynasty, Palace Of The Golden Horses, Pj Hilton, Equatorial, Meredien, Blue Wave, Concord, Pan Pacific, Putra Palace, W.S Garden, Eastin, Grand Continental, Royal Casuarina, Primula Park Royal, Hotel Permai dan banyak lagi yang saya tidak ingat nama hotel tersebut. Biarpun saya paparkan hotel berbintang sebagai tempat menginap ketika berdakwah, namun saya tidak pernah lupa asal usul saya. Maksud saya tidur di masjid, surau dan dalam kereta masih kekal. Ertinya budaya tidak menentu itu terus menerus berlaku.
Di antara pengalaman tidur di masjid dan surau termasuk di Wellington, New Zealand, di Port Hedland, Katanning dan Perth, Australia Barat. Penganjur menyediakan Motel dan rumah namun saya memilih untuk menginap di masjid dan surau sahaja. Saya rasa lebih selesa dan santai berada di masjid dan surau. Ini termasuk memudahkan mereka yang mahu bertemu dengan saya. Satu perkara yang saya anggap istimewa ialah masjid dan surau di tempat-tempat yang saya sebutkan itu mempunyai tempat coffee corner yang lengkap serta tempat bersuci yang berkualiti. Bilik mandi serta tandas bertaraf five Star. Masjid dan surau mereka itu tiada noja atau siak seperti di negara kita. Tempat bersuci juga tidak menggunakan khidmat noja. Bersih dan wanginya tandas adalah kerana begitulah budaya hidup mereka.
Civic minded mereka tinggi disempurnakan lagi dengan ilmu taharah yang dipelajari maka mereka praktiskan dalam kehidupan harian termasuk tandas masjid dan surau. Pernah suatu ketika yang saya tidak ingat dalam tahun bila, Tun Dr Mahthir pada ketika itu masih PM, bercakap mengenai kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang kotor dan tercemar dengan sampah sarap. Begitulah mentaliti dan tahap civic minded masyarakat kita yang masih rendah. Saya berpendapat pertandingan kebersihan tandas 2012 ini elok tidak disertai oleh mana-mana masjid dan surau. Dibimbangi akan memalukan golongan agama kerana akan mendapat kedudukan corot. Memang wajar masjid setiap daerah meningkatkan kualiti hingga bertaraf five star termasuk menyediakan 20 unit bilik tetamu yang berkualiti. Bilik tetamu itu boleh disewakan untuk para musafir dan termasuk sebagai tempat menginap para pendakwah. Sediakan perkhidmatan seperti sebuah hotel. Ianya memberi kemudahan kepada para musafir sekaligus menjadi sumber kewangan kepada tabung masjid. Setakat ini, yang saya tahu dan pernah menginap, Masjid Pinggir Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur memiliki dan menyediakan bilik penginapan seperti hotel.

Comments