Skip to main content

Rasulullah Dimaki SiButa

 
Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis ituwalaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagiRasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa dating padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam