Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Ulama Yang Menghormati Kucing Ketika Sedang Kuliah



Seekor kucing hadir majlis pengajian Hadith Syeikh Usamah di Masjid Al Azhar. Lihatlah bagaimana akhlak ulama yang sangat terpuji ini.  Beliau dilihat tidak rasa terganggu dengan kehadiran kucing itu bahkan sambil menyampaikan kuliahnya, beliau terus membelai kucing berkenaan dengan mesra.  Kucing itu seakan berminat untuk mendengar apa yang disampaikan Syeikh Usamah.
Nabi Muhammad S.A.W dahulu sanggup membiarkan kucing tidur di atas pakaiannya dan memotong lengan baju baginda kerana bimbang kucing belaan baginda itu terbangun. Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi.  

Malah baginda pernah memberitahu bahawa air yang telah diminum oleh kucing adalah suci dan masih boleh digunakan untuk berwudhu' (air sembahyang) Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat bukan hanya untuk manusia tetapi untuk keseluruh dan semua isi alam ini.

Video




Kucing Menderita Dua Kaki Kena Potong Akhirnya Mati

0 comments: