Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

AKHIRNYA USTAZ KAZIM ELIAS TOLAK JADI MT UMNO

Akhirnya Ustaz Kazim Elias Tolak Jadi MT Umno

Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM. Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Ustaz Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno. Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Sudah pasti segala keputusan yang dibuat oleh Ustaz Kazim Elias telah difikirkan dan dikaji sedalamnya oleh beliau. Segala keputusan yang dibuat olehnya harus kita terima dengan hati yang terbuka tanpa sebarang kata-kata yang tidak sepatutnya. Lebih elok rasanya Ustaz Kazim Elias jadi pendakwah bebas yang lebih terbuka untuk menyuarakan pendapat kepada sesiapapun.

AKHIRNYA USTAZ KAZIM ELIAS TOLAK JADI MT UMNO
ikuti kisah lanjut Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno di Sinar Harian

0 comments: