Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Warga Singapura Bantu Sekolah Tahfiz Malaysia

 
Susulan artikel Menyayat hati...pelajar2 Tahfiz ini bina bangunan sekolah sendiri untuk jimat kos! yang diwar-warkan melalui blog www.mustaqimmah.blogspot.com dan media social maka baru-baru ini seorang dermawan warganera Singapura Encik Adam telah menghubungi pengerusi Surau Mustaqimah Ustaz Rosmadi Ramli untuk datang melawat sekolah serta memberi sumbangan kepada pihak sekolah.
Kedatangan beliau serta keluarga disambut baik oleh pihak sekolah melalui Ustaz Ibrahim yang menetap di Kajang. Encik Adam menyatakan rasa terharu melihat keadaan yang doif di sekolah tersebut dan akan berusaha terus menerus mengumpul dana dari Singapura untuk membantu pelajar-pelajar serta kebajikan guru-guru di sekolah tersebut.
Encik Adam dari Singpore
Sekolah Tahfiz yang terletak di Batang Kali itu dipromosikan bantuan dan dana melalui media social oleh pihak Surau Mustaqimah yang berpusat di Perlis. Surau Mustaqimah sendiri turut mengumpul dana untuk kebajikan anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz di bawah naungan mereka. Untuk lebih lanjut boleh layari laman web www.mustaqimmah.wordpress.com atau hubungi Ustaz Rosmadi Ramli sendiri (0134884319). Kepada mereka yang ingin turut serta memberi saham kepada agama dan negara dialu-alukan dan moga Allah jua memberi sebaik-baik ganjaran. Hubungi Ust Ibrahim 0189180767

Encik Adam dan Ustaz Ibrahim dan keluarga


 


 

0 comments: