Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Ad Dawwamah PPM-001-08-27102014

Maahad Tahfiz Sains Ad Dawwamah

Nuffnang

Erma Fatima Sindir Rabecca Enggan Terima Duit Syiling 5 Sen & Al-Quran

Biarpun isu tuntutan bayaran pelakon Rabecca Nur Islam terhadap syarikat produksi milik pengarah terkenal Erma Fatima sudahpun membuktikan kemenangan milik siapa, namun dua selebriti nampaknya masih lagi meneruskan perbalahan mereka antara satu sama lain.


Baru-baru ini, Erma telahpun membayar wang tuntutan Rabecca yang berjumlah RM11,200 menggunakan duit syiling 5sen dan turut disertakan juga senaskah Al-Quran namun begitu Rabecca telah memulangkan kembali pemberian itu dan meminta Erma memberikannya kembali dengan wang berbentuk wang kertas.


Berikut perkara tersebut, Erma telah memuatnaik dua keping gambar berbentuk sindiran yang ditujukan kepada Rabecca sebelum memadam kembali gambar tersebut tidak lama kemudian.
 
Dalam pada itu, ditanya mengenai perkara tersebut kepada Erma Fatima sendiri, dia enggan memberi sebarang kenyataan terhadap perkara tersebut lagi.
“Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan. Rasanya tidak perlu saya komen dan saya tidak perlukan publisiti tentang itu. Cukup-cukuplah… biar dia sorang sahaja yang gila publisiti, maafkan akak ya,” ujarnya.
OHMEDIA: HARAP-HARAP MEREKA BERDUA NI DAPAT BERDAMAI SUATU HARI NANTI.

0 comments: