Skip to main content

4 Perbezaan Besar Sunni Vs Shiah

 
sunnah vs syiah
“Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu dari golongan Syiah,” kata Imam as-Shafie.
Imam Malik pula ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata; “Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (hadis) daripada mereka kerana sesungguhnya mereka adalah penipu.”
Malah dalam satu majlis ketika Imam Malik ditanya mengenai tindakan Syiah memaki sahabat-sahabat Rasulullah, beliau telah membaca ayat ke 29 Surah al-Fath yang bermaksud; “Nabi Muhammad ialah Rasulullah dan orang bersamanya bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir (memusuhi Islam).
Imam Malik kemudian berkata; “Sesiapa yang merasa marah apabila membicarakan mereka (iaitu golongan Syiah) maka dia telah benar-benar mengamalkan ayat tersebut.”
Berdasarkan petikan di atas jelas kedua-dua imam besar mazhab itu mengecam dan menempelak fahaman Syiah.
Sebenarnya pertentangan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah adalah sangat besar. Pertentangan antara dua fahaman itu bukannya melibatkan soal fiqh tetapi dalam soal akidah, perkara paling pokok serta asas dalam Islam.
Menurut Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar berkata, terdapat tiga perkara paling pokok dalam soal akidah yang membezakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.
Tiga perkara itu ialah al-Quran, al-Hadis dan para Sahabat Rasulullah.
Beliau yang cukup berpengetahuan tentang Syiah dan pernah menulis mengenai fahaman itu dalam bukunya bertajuk ‘Hukum ulama-ulama Islam terhadap Syiah’ pada tahun 1987 telah membuat perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah terhadap ketiga-tiga soal pokok tersebut.

1. AL-QURAN
Al-Quran: Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.
Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.
Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.
Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.”
Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.
Al-Quran: Syiah
Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.
Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya ‘surah al-Wilayah’. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.
Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) ‘Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)’ pada muka surat 180. Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.
2. AL-HADIS
Al-hadis: Ahli Sunnah Wal Jamaah
Hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis adalah untuk mentafsirkan ayar-ayat al-Quran.
Segala hukum-hakam yang ditetapkan di dalam hadis yang sahih riwayatnya daripada Rasulullah adalah tidak dibenarkan. Kesahihan hadis ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama-ulama hadis.
Caranya adalah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa membezakan antara perawi lelaki mahupun perempuan. Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.
Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah kehidupannya.
Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar hubungan keluarga . Ini semua bertujuan untuk memelihara kedudukan, kemuliaan serta kesahihan hadis. Sehubungan itu riwayat hadis adalah satu amanah yang berat lagi mulia mengatasi segala-galanya.
Al-Hadis: Syiah
Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik.
Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan terutama riwayat daripada Ahli Sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih. Mereka menerima hadis tanpa ilmu hadis yang kukuh.
Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti ayat ini: “Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya berkata…’”
Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya. Beginilah mereka bangunkan agama mereka. Mereka telah mengingkari tiga perempat daripada Sunnah Rasulullah.
3.PARA SAHABAT RASULULLAH SAW
Para Sahabat: Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ahli sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas semua sahabat. Kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli sunnah menganggap pertelingkahan yang berlaku antara mereka adalah berpunca daripada perselisihan pendapat hasil ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan jujur.
Tidak dibenarkan menaruh dendam sepanjang zaman terhadap para sahabat Rasulullah. Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain sentiasa dipuji oleh Allah berkali-kali. Oleh itu tidak dibenarkan sama sekali sesiapa pun melakukan tohmah ke atas golongan para sahabat.
Sesungguhnya melalui usaha serta peranan besar mereka sebagai sahabat-sahabat Rasulullah agama Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad akhirnya sampai kepada kita dan terus subur hingga saat ini.
Para Sahabat: Syiah
Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan junjungan besar Rasulullah kecuali sebilangan kecil bilangannya tidak melebihi jari-jari di tangan. Mereka hanya mengiktiraf Ali, Fatimah binti Muhammad, Hassan ibn Ali, Hussein ibn Ali, Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.
Selain itu mereka meletakkan Ali pada kedudukan terlampau istimewa. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Ali yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah.
Sebahagian lain pula beranggapan Ali sebagai nabi. Maka mereka menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali maka mereka adalah zalim atau kafir.
Sesiapa yang menentang pendapat Ali, mereka itu zalim atau kafir atau fasik. Begitu juga halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu cicitnya turun temurun.
Antara penyelewengan paling besar berhubung fahaman Syiah terhadap para sahabat ialah gelaran melampau mereka terhadap Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan kepada Saidina Umar al-Khattab yang merupakan khalifah pertama dan kedua. Kedua-dua sahabat besar Rasulullah itu telah digelar sebagai al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.
Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan ‘Doa dua berhala Quraisy’. Doa ini terdapat di dalam kitab mereka (kunci hati) pada muka surat 114.
Doa tersebut seperti berikut; “Ya Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraish, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).
4. TAUHID
Tauhid: Ahli Sunnah Wal Jamaah
Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang maha Esa, yang maha Berkuasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada bandingan bagi-Nya serta tiada perantaraan antara Allah dan seluruh hamba-Nya. Beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya, – Surah as-Syura ayat ke 11).
Allah telah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hamba-Nya. Semua nabi menyampaikan semua risalah tanpa menyembunyikan apa-apa. Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah semata-mata.
Tauhid: Syiah
Mereka beriman dengan Allah dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam ini. Mereka beranggapan bahawa ada satu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah.
Mereka beribadat selain daripada Allah dengan berkata ‘Wahai Ali, wahai Hussain, wahai Zainab’. Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka meminta hajat daripada orang yang telah mati.
Segala kepercayaan amalan ini tiada mempunyai asas dalam agama Islam yang suci.
Sedikit infografik tentang populasi Syiah:

Comments

Popular posts from this blog

Maksud Sebenar Sekufu.

Soalan: Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )? Nurul Suhana, Kuantan Jawapan: Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua. Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkah

Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidi

Wajah Cicit Keturunan Rasulullah SAW Telah Tersebar

Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Ap Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. K7L : Jangan ada yang taksub pulak sudah..   SUMBER Popular Post: Mengapa Yahudi Cerdik? Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan? Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam