Kisah Hazrat Abu Hurairah Semasa Dirinya Kelaparan | Pernahkah kita berasa lapar ? Tipulah kalau tidak pernah berasa lapar kan. Namun sanggupkah kita berkongsi makanan dengan orang lain. Mungkin ada yang sanggup, mungkin juga ada yang tidak. Namun terpulang kepada seseorang itu bagaimana cara untuk berkongsi rezeki . Kali ini saya mahu berkongsi tentang kisah Hazrat Abu Hurairah semasa dirinya berasa lapar. Hazrat Abu Hurairah tetap mendahulukan orang lain, biarpun dirinya dalam keadaan lapar. Hazrat Abu Hurairah r.a berkata, “Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebahagian daripada kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang-kadang saya mengikat batu pada perut .” Pada suatu hari saya duduk di jalan yang biasa dilalui oleh para sahabat yang besar. Hazrat Ab...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah