Skip to main content

Posts

Showing posts with the label artis

Isteri Herman Tino Minta Suaminya Tidak Bertanding Pada PRK DUN Kajang.

" Noraini Ibnu, isteri kepada penyanyi Herman Tino berharap agar suaminya tidak bertanding pada PRK DUN Kajang pada 23 Mac depan. Dia yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat. “Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk ‘melayan’ perkara-perkara politik macam itu. “Saya tidak suka dia ‘membakar diri’ dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli. “Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula,” katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi ‘WhatsApp’ kepada mStar Online. Herman Tino atau nama sebenar Masrun Tamsi, 60, berminat untuk bertanding pada PRK DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai meng...

Yazid Search Masuk Wad, Mohon Doakan...

Yazid Search Masuk Wad, Kini Kritikal  | Menerusi update dari Amy Search dan juga Razlan Kristal, difahamkan pemain drum bagi kumpulan rock terkenal tanahair, Search kini dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke wad sebuah hospital. Belum diketahui perkembangan terkini beliau, marilah kita sama-sama doakan semoga tahap kesihatan Yazid terus berada dalam keadaan baik dan bertambah pulih hendaknya. Untuk info, Yazid Search sebelum ini pernah dimasukkan ke wad setelah rebah secara tiba-tiba. Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.   Amy Search Kagum Tengok Anggota Kumpulan Bunkface Solat 9 Artis Lelaki Malaysia Yang Telah Insaf Dan Berhijrah(Gambar)

Tuhan Harun Pernah Tipu Beberapa Artis

Rahmat Tohak, vokalis kumpulan Mega antara artis yang pernah ditipu Tuhan Harun beberapa tahun dahulu. Harun Mat Saad, 47 yang menggelarkan dirinya Tuhan Harun meminta Rahmat melabur RM6000 untuk skim pelaburan dan menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat. “Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya,” katanya kepada mStar Online. Harun menggelarkan dirinya Tuhan Harun kini berada dalam tahanan polis setelah gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat. Pada 2008, Tuhan Harun dipercayai berjaya mengumpul aset melalui urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta. Beberapa artis juga pernah ditipu Tuhan Harun apabila tidak membayar upah mereka selepas mengadakan persembahan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium ...