Skip to main content

Posts

Showing posts with the label abu bakar

Tidak Menentu

Saidina Abu Bakar As Siddiq pernah berkata, ‘Andai aku tahu di seberang lautan itu terdapat manusia nescaya aku akan berenang untuk menyampaikan seruan.’ Sejarah tidak pula menyatakan yang Saidina Abu Bakar pernah berenang. Sejarah juga tidak menyatakan apakah Saidina Abu Bakar pandai berenang. Mungkin pada zaman Sahabat dahulu dianggap mustahil untuk berenang pada jarak sekitar 30, 40 km. Kalau zaman sekarang sudah tidak lagi menjadi satu yang asing kerana sudah ramai yang berjaya berenang di Selat Inggeris yang bersuhu sejuk dari Dover ke Clais termasuk Dato Malik Maidin. Biarpun ramai yang mampu berenang begitu jauh namun dalam kontek zaman ini yang sudah serba maju, berenang tidak diperlukan lagi untuk tujuan berdakwah. Saya sendiri kalau tidak salah ingatan, hanya negara-negara Afrika, Rusia dan Amerika Latin yang tidak dikunjungi untuk berdakwah. Menurut tafsiran sejarah kata-kata Saidina Abu Bakar itu adalah merujuk kepada sikap serta semangat juang yang tinggi dalam menyela...