Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Teguran ulama

Ulama : Jangan Selfie Ketika Menunaikan Haji

MEKAH 30 Sept. - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menasihati jemaah supaya tidak melakukan selfie semasa menunaikan ibadah haji, sebaliknya memberi tumpuan bagi menunaikan setiap rukun haji dan umrah dengan sempurna. Portal berita arabnews.com melaporkan ulama terkenal dari Jeddah, Sheikh Abdul Razzaq Al-Badr sebagai berkata, Allah memerintahkan jemaah haji supaya menunaikan ibadah itu tanpa riyak dan tidak menghebahkannya kepada orang lain. "Ketika Rasulullah SAW tiba di miqat, baginda bersabda: "Allah memerintahkan ibadah haji dilakukan tanpa riyak dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.'' Advertisement Wahyu itu disampaikan ketika baginda tiba di miqat diikuti dengan tindakan dan amalan membersihkan rohani. "Jemaah haji sekarang gemar mengambil gambar apabila tiba di miqat. Bukan setakat itu, mereka juga mengambil gambar semasa melakukan tawaf, semasa bermalam di Padang Arafah serta ketika melontar jamrah," katanya. Katanya, tindakan itu seolah-olah me...