Skip to main content

Posts

Showing posts with the label isteri

Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya (Menarik!)

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab,  terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya , tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari. Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan  niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau , bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si ...

Hancur Hati Suami Tengok Isteri Berzina

Gambar hiasan Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat. KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu. SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya...

Isteri Herman Tino Minta Suaminya Tidak Bertanding Pada PRK DUN Kajang.

" Noraini Ibnu, isteri kepada penyanyi Herman Tino berharap agar suaminya tidak bertanding pada PRK DUN Kajang pada 23 Mac depan. Dia yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat. “Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk ‘melayan’ perkara-perkara politik macam itu. “Saya tidak suka dia ‘membakar diri’ dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli. “Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula,” katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi ‘WhatsApp’ kepada mStar Online. Herman Tino atau nama sebenar Masrun Tamsi, 60, berminat untuk bertanding pada PRK DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai meng...

Kata-kata Terakhir Isteri Ketua Penolong Pengarah JAIP

Isteri Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Raflie Abdul Malik, 49, Rosmawani Abdul Wahab, 41, menitiskan air mata ketika memeluk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah (kiri) selepas suaminya mati ditembak dari jarak dekat di hadapan rumah di Taman Indera Mahkota Dua dekat Kuantan, hari ini. - Foto Bernama   KUANTAN - "Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12. Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja ...