Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ebit Lew

Asrama Anak Yatim Dan Asnaf Ebit Lew Di Gaza

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis, Ebit Lew menubuhkan rumah anak yatim buat anak-anak di Gaza, Palestin. Beliau menyewa dua unit rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat dilengkapi empat bilik yang setakat ini menempatkan 10 orang anak yatim. “Sebak sayu sangat rasa, jadi saya sewa dua buah rumah untuk dijadikan Rumah Kasih Umat ada empat bilik luas dan selesa. “Setakat ini akan menjaga 10 anak yatim dan mereka yang susah untuk dijadikan tempat tinggal dan kelas-kelas aktiviti anak-anak. “Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan. Saya tidur malam di sini terfikir risau juga. Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini,” catat Ebit di Facebooknya, hari ini. Selain itu beliau juga turut berkongsi cerita ziarah di sana. “Kami ziarah satu keluarga, seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecil lagi. Ada seorang tu baby lagi. Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan bom. Masa mula sampai semua sedih jer. ” Saya tengok ...