1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. 2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal dunia. 3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. 4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur. 5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah. 6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. 7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak ya...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah