Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kapten Zaharie

Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia

Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.  Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu. Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai “satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga”.    Sumber laman web itu berkata: “Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.”. Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur, memetik lapor mStar.

Kapten Zaharie Mampu Mendaratkan Pesawat Di Landasan Paling Pendek

Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu. Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun? Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya? Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu? Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak? Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat ...