Skip to main content

Posts

Showing posts with the label dna

Tindakan Umat Islam Selepas Termakan DNA Babi Cadbury

Ramai yang marah-marah kerana telah bertahun memakan coklat cadbury .Hari ini benda ni disahkah mengandungi dna babi. Kalau mengikut kata dari Ustaz Azhar Idrus,sesiapa yang termakan daging babi,perlu samak mulut dengan berkumur-kumur dengan air yang telah dicampur dengan tanah.Kalau ustaz lain pula jawab lain seperti keterangan berikut dibawah. Permasalahan: Baru-baru ini telah muncul pendapat yang mengatakan bahawa sesiapa yang termakan daging babi perlu menyamak mulut dengan berkumur-kumur dengan air tanah. Bagaimana penjelasan syara’ di dalam hal ini. Jawapan: Daripada apa yang telah kita bincangkan sebelum ini, dapat kita simpulkan bahawa pendapat ini adalah salah. Ini kerana; Pertama, untuk kita qiyaskan daging babi dengan air liur anjing, kita perlu mengetahui illah; kenapa syara’ mengkategorikan air liur anjing sebagai najis mughallazhah dan hal ini tidak diketahui. Jadi bagaimana kita boleh menqiyaskan air liur anjing dengan daging babi tanpa kita mengetahui ...