Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Wechat

Dirogol Kenalan Wechat

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun diperdaya kononnya mahu dibawa berkenalan dengan bakal keluarga mentua sebelum dirogol teman lelakinya di sebuah pangsapuri di Pandan Indah di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek berusia lewat 20-an memberi alasan dan memujuk mangsa kononnya mahu dibawa pulang ke rumah untuk dipertemukan dengan ahli keluarganya. Menurut sumber, mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek sejak tiga minggu lalu melalui media sosial ‘WeeChat’ sebelum membuat temu janji. “Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya bertemu dengan lelaki terbabit berhampiran kawasan perumahannya di Serdang, Selangor. “Mereka kemudian berbual seketika sebelum suspek mengajak mangsa pulang ke rumahnya dengan alasan untuk diperkenalkan kepada ibu bapa,” katanya. Katanya, mangsa yang teruja dengan dakwaan itu bersetuju mengikut teman lelaki baru dikenalinya itu. Sumber itu berkata, mangsa yang tib...