BACHOK: Sesuai perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan dan yang amat diminati Seri Paduka ialah singa. Baginda pernah memelihara 3 ekor singa, 2 betina dan seekor jantan.Namun 2 singa betina itu mati akibat dipatuk ular. Menceritakan kejadian, Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda berkata, beliau cukup merasa reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan kematian singa itu. “Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda,” kata Tuan Ngah yang sudah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, di mana haiwan kesayangan baginda dipelihara. Baginda mula memelihara singa itu sekitar September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar,” kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama. Tuan Ngah berkata pihaknya melakukan persiapan selama 6 bulan ...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah