Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran sindiket yang cuba menipu dengan mendakwa dapat mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kelantan. Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, setakat ini terdapat dua kes penipuan berlaku di negeri yang melibatkan individu mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM200,000 bagi memperoleh Darjah Datuk Seri Diraja dengan gelaran Datuk Seri. “Pada tahun lalu, satu pengurniaan dibuat oleh golongan yang mendakwa beliau adalah Kerabat Diraja Kelantan dan mengurniakan pingat kepada dua individu dari Sarawak dan empat dari Kuala Lumpur. “Kes terbaru pula berlaku pada bulan November lalu, dan pengurniaan darjah itu diumumkan di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina di Sarawak yang menyatakan pengurniaan darjah kebesaran itu diberikan kepada penerima, sempena sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan ke-40,” katanya pada sidang media semalam. Abdul Halim berkata, tidak ada mana-mana pihak diberi kuasa oleh...