Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pesawat

Mengapa TUDM Tidak Pintas Pesawat Misteri? Ini Jawapannya...

Punca TUDM Tidak Pintas @ Bertindak Pesawat Misteri (Kapal terbang MH370 MAS)? Ini Pendedahannya : Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, ramai yang mempertikaikan tindakan TUDM yang “lambat bertindak”. Akhirnya,  bersama-sama ini disertakan punca dan sebab musabab TUDM bertindak sebegitu rupa kerana…. Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama TUDM mengesan ...

MH370: Pilot MH370 Terima Ugutan Sebelum Menerbangkan Pesawat

 KUALA LUMPUR - Menurut sumber, skop siasatan itu akan diperluaskan termasuk menyiasat telefon bimbit, pesanan e-mel, laman sosial serta alat telekomunikasi lain dimiliki dua juruterbang pesawat MH370 yang memungkinkan mereka diugut sebelum menerbangkan pesawat itu. Elemen ugutan yang mungkin diterima dua juruterbang pesawat MH370 sebelum menaiki pesawat turut menjadi skop siasatan terbaru pihak berkuasa berdasarkan pelbagai maklumat dikumpul setakat ini. Sumber berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan ke atas ahli keluarga terdekat kedua-dua juruterbang terbabit bagi mendapatkan lebih maklumat. “Elemen ugutan ini masih dalam siasatan dan usaha mendapatkan lebih banyak petunjuk baru sedang dilakukan. “Sekiranya perlu, kita akan periksa juga telefon bimbit milik ahli keluarga juruterbang terbabit dan alat telekomunikasi lain yang memungkinkan terdapat unsur ugutan dan ancaman diterima,” katanya. Beliau berkata, siasatan bagaimanapun masih di peringkat awal unt...

Pesawat MH370 Hilang, US Hantar Pasukan FBI Membantu Siasatan

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Seorang pegawai kerajaan AS dilaporkan berkata penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS. FBI menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan. Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu. "Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan. "Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tra...

Gambar Pesawat MH370 Terapung Di Perairan Vietnam

GuaTV kongsi gambar pesawat MH370 terapung di lautan Vietnam – Sejak terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi tadi, gerakan mencari dan menyelamat pesawat MH370 telah dipergiatkan termasuk meminta bantuan dari negara-negara serantau seperti Vietnam dan China. Sementara itu, misteri kehilangan kapal terbang MAS mendapat perhatian seluruh dunia sehingga pelbgai spekulasi timbul di laman-laman sosial. Ada yang mendakwa pesawat MH370 berjaya mendarat cemas di Nanming namun andaian lain pula mengatakan ia terhempas di Laut China Selatan dan Lautan Vietnam. Di sebalik spekulasi-spekulasi ini, sekeping gambar yang dikongsikan portal GuaTV paling mencuri tumpuan penggiat-penggiat laman sosial. GuaTV mendakwa pesawat MAS itu disahkan terhempas di Laut China Selatan. Benarkah? Macam-macam pula andaian.  Sumber BACA:   Mengapa MH370 Boleh Hilang Tiba-Tiba? - Pakar