Johor Bahru: Jabatan Agama Johor (JAJ) memandang serius berkaitan sebaran gambar di laman sosial Facebook berkaitan sekumpulan murid Sekolah Agama Bakar Batu bermesra bersama seekor anjing. Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata, mengikut maklumat diperolehi pihaknya, sekumpulan murid berkenaan meluangkan masa dengan membelai anjing selepas tamat waktu persekolahan. Beliau berkata, difahamkan ia berlaku di kawasan luar sekolah agama dan ia disedari beberapa penduduk. Advertisement GAMBAR di Facebook yang memaparkan murid sekolah agama membelai seekor anjing dengan ditemani seorang wanita. Menurutnya, pihaknya difahamkan kumpulan kanak-kanak berkenaan bertindak demikian selepas dipengaruhi seorang wanita beragama Islam. "Wanita berkenaan yang dikatakan berkahwin dengan warga asing tidak sepatutnya mempengaruhi kumpulan kanak-kanak itu untuk membelai anjing kerana ia bercanggah dengan hukum agama, syarak dan budaya. "Saya berharap bahagian JAJ mengamb...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah