Skip to main content

Posts

Showing posts with the label padang pasir

Budak Lelaki 4 Tahun Ditemui Merentasi Padang Pasir Seorang Diri

Budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan seorang diri di padang pasir.   Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka. Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya. Gambar menyayat hati yang dirakamkan pada Ahad lalu oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Andrew Harper merakamkan saat pekerja PBB bertemu budak lelaki terbabit yang bersendirian. Tidak dapat dipastikan bagaimana dia terpisah daripada keluarganya ketika mereka melarikan diri dari perang yang melanda Syria dan menyebabkan berjuta penduduk lain hilang tempat tinggal. “Sekadar memaklumkan kepada anda Marwan selamat bertemu semula (dengan) ibunya sebaik saja selepas dibawa merentasi ...