Rahmat Tohak, vokalis kumpulan Mega antara artis yang pernah ditipu Tuhan Harun beberapa tahun dahulu. Harun Mat Saad, 47 yang menggelarkan dirinya Tuhan Harun meminta Rahmat melabur RM6000 untuk skim pelaburan dan menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat. “Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya,” katanya kepada mStar Online. Harun menggelarkan dirinya Tuhan Harun kini berada dalam tahanan polis setelah gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat. Pada 2008, Tuhan Harun dipercayai berjaya mengumpul aset melalui urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta. Beberapa artis juga pernah ditipu Tuhan Harun apabila tidak membayar upah mereka selepas mengadakan persembahan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium ...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah