Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Perak

Taubat Al Marhum Sultan Perak Yang Disembunyikan...

Taubat Almarhum Sultan Perak Di Masjidil haram....."Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina" Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.  Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.  Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.                                            Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad. Cerita mengenai Sultan tersebut ditul...

Nasib Raja Nazrin Selepas Sultan Perak Mangkat

Perlantikan Sultan Perak Yang Baru - Apakah Nasib Raja Nazrin Shah? Dewan Negara Perak bakal lantik Sultan baru Satu persidangan khas Dewan Negara Perak bakal diadakan bagi melantik penganti Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Menurut Pengarang Adat Pusaka, Raja Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Adib Vincent Tung Abdullah, pertemuan itu akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), menteri besar dan mufti. Ia turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan Negara. Adib berkata Bendahara (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) akan mempengerusikan sidang itu. Beliau berkata mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah di antara Raja Muda dan Raja di Hilir. Katanya, Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana empat Raja-Raja Be...