Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MAS

Siapa Sangka Seorang Pramugari MAS Tubuh Maahad Tahfiz

MasyaAllah! Kisah Pramugari MAS Tubuh Sekolah Tahfiz | (Ustaz Farid berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010; Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat. Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamualaikum Ustaz”, saya jawab “Waalaikum salam”. Agak terkejut, berkata dalam hati “ma...

Pesawat MH370 Hilang, US Hantar Pasukan FBI Membantu Siasatan

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Seorang pegawai kerajaan AS dilaporkan berkata penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS. FBI menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan. Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu. "Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan. "Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tra...