Skip to main content

Posts

Showing posts with the label polis

Bomoh Ritual Pelik Ditahan

SEGAMAT  Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan, kelmarin, bagi membantu siasatan berikutan dua laporan mengenai ritual pelik yang dilakukannya ketika proses rawatan, termasuk meminta waris lelaki pesakit berbogel dan dia melakukan onani terhadap mereka. Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pusat rawatannya di taman perumahan di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, susulan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai ritual pelik dilakukannya yang bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut melakukan pencabulan seks terhadap waris lelaki pesakit dirawatnya.  Menurutnya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa cabul suspek ketika menemani ibunya yang berusia 54 tahun mendapatkan rawatan membuang saka kira-kira jam 9.30 malam, 7 September lalu. “Remaja lel...

Orang Islam Buat Laporan Polis Terganggu Dengan Seruan Azan

SEBELUM ini, kita pernah mendengar pihak bukan Islam yang mengadu kerana penggunaan pembesar suara yang kuat oleh masjid ketika melaungkan azan atau bacaan ayat suci Al-Quran. Tetapi agak ganjil dan jarang jika yang menjadi pengadu kepada perkara-perkara begini datangnya dari umat Islam sendiri yang merungut gangguan ke atas mereka pada awal-awal pagi. Lelaki itu yang berusia 56 tahun, sanggup sehingga membuat laporan polis berkenaan kes itu. Dalam laporan polis berkenaan, lelaki itu turut berkata telah membuat laporan ke pejabat Jabatan Agama Islan Negeri Johor dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan untuk tindakan lanjut. Tidak diketahui apakah tujuan lelaki ini membuat laporan polis kerana kes berkenaan. Jika diteliti laporan polis yang dibuat ada kemungkinan lelaki itu bukanlah jenis orang yang suka untuk bangun Subuh. Dek kerana terganggu agaknya untuk tidur tergamak beliau membuat laporan polis. 

Anggota Polis Bekas Komando Mati Ditembak Penjenayah

KUANTAN: Pegawai Penyiasat Balai Polis Jaya Gading, Kuantan Pahang ditemui mati dengan kesan tembakan di mata dan dada di ladang LKPP Jaya Gading, kira-kira 9 pagi tadi. Mangsa, Koperal Abdul Halim Mohd Ali, 48 tahun yang berasal dari Triang , Pahang terkena satu das tembakan, dipercayai peluru tabur daripada senapang buatan sendiri. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, mangsa melakukan Rondaan Cegah Jenayah bersama 3 anggota yang lain petang semalam. Ketika rondaan, mereka terserempak dengan dua suspek bermotosikal sebelum bertindak mengejar mereka di ladang berkenaan. Mangsa yang juga bekas Komando 69 telah mendahului anggota lain, mangsa kemudian bagaimanapun gagal dihubungi. Pagi tadi, mayat mangsa dijumpai seorang pekerja ladang terbabit. “Pagi ini, kira-kira 9 pagi telah ditemui arwah telah pun didapati meninggal, dalam kejadian tersebut telah panggil forensic dan petologist daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, HTAA untuk mengesahkan kematian. Tadi disahkan ...

Berhati-Hati Dengan Taktik Penjenayah Terkini - Burudanga.

Mesej daripada OCS Setia Alam, Selangor. BURUNDANGA Berhati2 dengan jenayah terbaru di Malaysia! Sila kongsikan sebanyak mungkin kepada orang lain untuk kebaikan bersama. Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik, kawan2 perempuan & rakan2. Di sebuah stesen minyak, seorang lelaki datang & memperkenalkan diri beliau sebagai seorang pelukis (artis) kepada seorang wanita, menawarkan diri utk menolong mengisikan minyak petrol, kemudian MEMBERIKAN BISNES CARD. Wanita (mangsa) tanpa sebarang syak wasangka terus menerima bisnes card beliau kerana kebaikan lelaki itu & setelah siap mengisi minyak mangsa masuk ke dalam keretanya untuk beredar. Lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta lain yang sedia dipandu oleh orang lain yang sedang menunggu. Apabila mangsa itu meninggalkan stesen minyak, dia menyedari lelaki tersebut juga keluar dari stesen itu pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening & tidak ...