Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga. Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya. Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: “والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى” “Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti...
Sebarang sumbangan boleh disalurkan: Maybank 5580 9706 2404 Maahad Tahfiz Ad Dawwamah